Raya Kami 2014

Hahaha... Hari ni last Syawal, aku baru nak tulis entry pasal Raya. Mood takde la kawan. Hati ni masih sedih dengan MH17. Bayangkan masa 'kepulangan' mereka, dari pagi sampai balik rumah aku menangis. Bengkak-bengkak mata menangis. Sampai officemate aku cakap yang aku ni over! Ya, memang aku over sangat. Lebih-lebih lagi aku kenal wife co-pilot tu walaupun kat alam maya jer. Sebab aku baca kisah dia dari sebelum dia kahwin, dah kahwin and ada anak yang sangat comel. Aku letakkan hidup aku kat tempat Asmaa. Aku sebaya dia, baru berkahwin dan ada anak sebaya anak dia yang tak tau apa-apa. Tiba-tiba suami aku pergi meninggalkan kami. Aku tak dapat bayangkan. Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui, Kau lindungilah keselamatan orang-orang yang aku sayangi.


"Untuk Asmaa,walaupun kau tak kenal aku, aku doakan semoga Asmaa tabah menghadapi dugaan ini. Demi Abderrahman. Besarkan lah dia dengan kasih sayang yang tak terhingga walaupun dia kehilangan ayahnya di saat dia memerlukan kasih seorang ayah. Aku tau kau tabah, sabar dan kuat. Seperti pesan arwah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman."

Okay, sambung cerita raya. Tahun ni aku raya kat Gombak jer. Turn sebelah suami. Sebab nenek mertua aku ada kat sini. Dia tak sihat. So mak mertua aku jaga dia. Risau duduk kat kampung sorang-sorang. Sakit pening. Dahlah rumah dalam hutan.. Ni first time aku beraya di Gombak sepanjang aku hidup. Selalu raya mesti balik kampung. Raya tetap raya kan. Dah jadi bini orang, so kena ikut. Takkan aku nak balik raya kampung aku tanpa suami lak yer..

Pagi raya tu aku kejutkan suami untuk sembahyang Raya. Takut ketinggalan. Almaklumlah dari rumah sendiri. Nak sembahyang raya kat area rumah mertua. So aku dan En. Suami bersiap-siap sementara Umar still tidur lagi. Nak kejutkan tak sampai hati pulak. Bila dah siap, angkut je Umar dengan tak mandi pergi rumah mertua. Sampai rumah mertua, aku mandikan Umar dan siapkan dia. Abang ipar dan family ada sorang je yang dah sampai. Yang lain lepas sembahyang raya singgah kubur ayah mertua dan datang rumah mertua. Makan-makan dan tiba masa untuk bermaaf-maafan. Aku antara orang terakhir yang salam sebab taknak tengok drama air mata. Huhuhu.. Lepas tu semua sibuk nak bergambar.. Mari kita ramai-ramai bergambar yer..So mari tengok gambar.

Tema kami merah uollsss

SIL, Biras n me

MIL and adik ipar

Puas ku besarkan mata sebab silau

Melawat kubur FIL. Aku tak pergi

My BIL, NIL and niece

Kami bertiga.. InsyaAllah berempat next year.. Amin

16/8/2014 - Aku buat makan-makan untuk family, close friend dan officemate SAHAJA. Tak buat besar pun sebab semua aku masak sendiri babe. Potong sayur, blender cili, siang ayam, merebus dan masak bagai, aku SEORANG okay. En. Suami sila jaga anak. Lepas open house aku terus demam. Penangan open house la sangat kan. Hahaha, merasa kau JUE.. Gambar lauk je aku sempat snap. Gambar orang tak sempat coz i is busy.. Hahaha...

Karipap and pulut kuning ni mak aku buat. Pulut kuning sempena besday En. Suami

Kuah Lodeh dan Mee Goreng Special By Jue. Kat belakang tu kuah kacang yer.

Nasi impit dan Rendang Ayam

Lepastu adik beradik ipar buat juga open house untuk family jer.

Keluarga besar kami

Umar menyorok

Persatuan ibu-ibu

Okay, itu jer nak cerita. Harap Hari Raya anda semua tahun ini meriah dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim... Minta maaf seandainya saya ada menyakiti atau tulisan saya menyinggung perasaan pembaca. Kosong kosong ya.. Wassalam...








No comments:

Pink Cherry