Dugaan Ramadhan 2014


Puhhh... Dah lama aku tak update blog rupanya. Macam lah busy sangat. Almaklumlah, masa puasa takde mood. Kalau kat opis tu kepala otak asyik fikir nak masak lauk apa untuk berbuka. Hari-hari macam tu okay. Macam-macam resepi aku Google. Ada yang aku masak, ada juga yang tak. Tajuk entry still masa Ramadhan. Tapi sekarang dah Syawal.. Hehehe.. So mari kita bercerita. Are you ready kids.. eh..

Lagi seminggu nak Raya, aku diduga dengan anak aku masuk hospital. Punca aku pun tak tahu. Kalau ikut Sains doktor, anak aku kena jangkitan kulit. Anak aku kan ada Eczema. Dia suka garu-garu kat pelipat belakang lutut tu dan jadilah kudis. Kudis tu pulak berair dan bernanah. Bila nanah tu pecah tu yang punca infection doktor kata. Kalau ikut kata orang tua-tua yang anak aku ni kena ulat bulu. Sebab kalau kena gigit serangga mesti ada kesan gigitan. Tapi takde.

19 July 2014

Aku ambil anak aku kat pengasuh macam biasa. Aku memang ada perasan kesan merah sebesar duit 50sen kat belakang betis masa nak salin pampers dia malam tu. Mulanya aku ingat takde apa-apa. So aku urut la slow-slow kat kawasan tu. Esoknya kesan merah tu makin merebak. Aku letak minyak panas. Malam tu anak aku dah start merengek-rengek. Badan dia dah start dedar panas.

20 July 2014

Anak aku demam dan kesan merah tu makin besar dan menjadi warna gelap macam bengkak. Umar kerap nangis dan tak nak jalan. So tengah hari tu aku bawa pergi klinik swasta. Bila doctor pegang tempat bengkak tu doctor cakap panas sangat. Doktor cakap kalau lagi teruk bawa pergi Hospital Selayang terus. Doktor bagi antibiotic dan ubat tahan sakit. Umar still merengek-rengek. Selalunya dia sakit dia tetap aktif. Tapi kali ni dia taknak jalan langsung dan menagis je. Malam tu aku bawa dia pergi Hospital sebab belakang betis dia makin gelap dan membengkak. Sampai wad kecemasan dalam pukul 10.00pm, kat tempat saringan attendance hospital pun terkejut. Dia cakap bukan kena gigitan serangga/haiwan.

Dapat nombor dan tak sampai setengah jam, dapat jumpa doctor. Doktor cek dan cakap kemungkinan kena tahan wad. So aku memang bersedia sangat. Lepastu ambil darah dan masuk tiub untuk drip ubat. Aku kena tunggu keputusan darah. Dalam 10minit keputusan darah keluar dan anak aku confirm warded.

Kesan lepas 2 kali masuk antiboitic. Kalau ikutkan kesan merah tu lagi gelap tapi tak sempat nak snap

Yang hitam tu nurse tanda dengan marker untuk tengok bengkak tu makin besar or makin surut

5 hari aku duduk dalam wad tu. Setiap 6 jam Umar dimasukkan antibiotic untuk memastikan bengkak tu surut. Doktor Pead cakap kalau dalam tempoh 48jam bengkak tu makin besar dari yang ditanda, maybe kena buat Ultrasound sebab takut ada nanah kat dalam yang kita tak nampak. Itu sangat bahaya sebab takut infection tu kena kat sendi DAN boleh kena POTONG KAKI. Aku time tu memang takut sangat. Janganlah sampai teruk macamtu. Setiap masa aku doa semoga bengkak tu surut. Dan Alhamdulillah tak sampai 48jam bengkak makin mengecil.

Sepatutnya hari Khamis (24/7/2014) Umar boleh discharge, tapi Specialist tak bagi. Dia suruh tunggu sehari lagi. So Jumaat (25/7/2014) baru Umar discharge. Alhamdulillah, syukur sangat. Sebab anak aku dah sihat dan yang penting kami tak beraya dia HOSPITAL.

Ragam Umar

P/S : Umar dah tukar pengasuh coz pengasuh lama macam tarik tali tak nak jaga. Sekejap dia kata balik indon seminggu, kejap sebulan, kejap tak tahu pulak. Maybe dia segan nak bagitahu aku. Aku harap pengasuh baru sabar melayan kerenah Umar.










No comments:

Pink Cherry