Di Saat Aku Mencintaimu

Kak Long, ada tak lagu Dadali.. Erkk.. Tak pernah dengar pun.
Siapa Dadali tu??
Aku search kat Youtube
Dengar lagu tu.. First impression.. Hurrrmmm.. tak best

Dan hari ini aku mula suka kan lagu tu
Berulang kali aku dengar lagu tu..
Memang agak jiwang babe.. tapi aku suka lirik dia...
Agak sedih juga, tapi aku suka.. heeee

Bawah ni ada lirik nya dan kalau nak tengok video tekan sini



Tajuk : Di saat Aku Mencintaimu
Penyanyi : Dadali

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta


P/S: Touching bile dengar lagu ni


Nasihat dan Pengalaman

Semalam aku dengan En. Tunang dinner kat tempat selalu kami dinner. Owner kedai tu pasangan suami dan isteri memang agak baik dan rapat dengan kami. Sebelum tu En. Tunang ada cakap yang si suami ada call sebab nak cagar geran tanah dia 4 ekar. Dia ada buat business pasir. Dia perlukan dalam 50K untuk business tu dan suruh carikan sesiapa yang ada modal.

So masa tengah makan tu si suami datang ke meja kami dan bertanya ada ke sesiapa nak kan tanah tu. En. Tunang pun berborak-borak dengan dia sambil aku menikmati lauk kesukaan ku.. hehehe... Dalam mereka berborak tu aku tertarik dengan beberapa nasihat dan pengalaman yang dia beritahu. Antaranya :

1) Kalau orang nak menipu kita, ada hitam putih (agreement) pun dia akan tipu. Tengok Nawaitu kita sendiri sebenarnya. Tiada hitam putih pun, kalau hati dia nak bayar dia akan bayar. Betul kan? Pengalaman dia yang kawan baik dia sendiri pernah tipu dia.

2) Nasihat seterusnya ni lebih kepada hubungan antara suami dan isteri. Antaranya pengalaman dia, biarlah orang cakap isteri atau suami kita tak cantik ke handsome. Yang penting kita sendiri, sebab kita yang nak hidup dengan pasangan kita. Bukan orang lain.

3) Jangan percayakan orang ketiga termasuklah emak atau family kita dalam hubungan suami isteri. Sebab tak semestinya mereka ni cuba untuk memperbaiki hubungan kita. Dengar tu boleh lah, tapi kita kena la pertimbangkan setiap nasihat atau kata-kata mereka sebaiknya.

4) Orang lelaki ni suka percayakan kawan dari isteri sendiri. Contohnya senang je nak kasi kawan pinjam duit dari nak kasi isteri. Sebab bagi mereka kawan ni selalu bersama mereka. Tapi silap yer. Orang tahu ke rumah kita takde beras? Orang tau ker kita takde duit? Siapa yang tolong urutkan kepala kita masa kita sakit kepala? Siapa yang tahu kalau bukan isteri kita sendiri. Time susah dan senang isteri sentiasa bersama kita. Sentiasa mendoakan kejayaan kita. Sentiasa di belakang kita.

5) Isteri kena kawal kemarahan atau masalah suami. Jangan kita tambahkan marah dan masalah mereka. Cuba duduk berbincang bersama. Walaupun isteri tak dapat membantu, tapi sekurang-kurangnya dapat menjadi pendengar yang setia.

6) Kalau boleh, elakkan selalu makan di luar yer. Masak la kat rumah. Air tangan isteri ni selain boleh mengeratkan hubungan antara suami dan isteri, masa makan tu kita boleh berbincang pelbagai benda. Kalau makan kat luar, ada ke kita bincang masalah-masalah kita??

7) Kalau boleh sebelum/selepas kahwin buatlah simpanan. Tak kira la apapun. Sebab, anak-anak zaman sekarang tak mungkin akan boleh bela kita masa kita tua nanti. Sekarang ni pun dah banyak kes yang orang tua kena halau/usir oleh anak kandung sendiri. Kalau dia hantar kita rumah kebajikan tu pun dah cukup baik dari campak kita kat mana-mana.

8) Kita bukanlah nak sangat hidup SANGAT kaya. Tapi kalau boleh biarlah rumah atau kereta tak berhutang. Boleh duduk kat rumah bersama family time weekend. Abang ni bukan tak mampu nak pakai BMW ke, Merz ke. Mampu. Tapi bila fikir balik, semua tu masalah. Sebab time tu la perempuan gatal kat luar sana pandang kita. Opppsss.. bukan pandang kita yer, tapi pandang HARTA kita.

9) Suami kalau boleh tak payah lah nak berkawan sangat dengan perempuan. Maksudnye bukan lah tak boleh, tapi cukuplah sekadar kenal macam tu sahaja. Sebab kalau kita dah mula berkawan dengan perempuan, kita akan lupa anak bini kat rumah. Tambah-tambah perempuan zaman sekarang ni nak hidup senang je. Bila kita berduit sikit mula lah nak dekat. JANGAN kita mengadu atau minta pendapat mereka, sebab alamatnya bercerai la kita nanti

10) Kita ni buka takut dengan bini/isteri. Tapi kita hormat dan sayang mereka. Time dia marah-marah tu, kita dengarkan je lah. Jangan pula kita tengking atau marah mereka. Lepastu kita keluar dan dalam sejam balik rumah tengok dia dah mula bercakap dengan kita, haa.. time tu la kita tanya apa masalah dia. Cuba kalau dia tengah marah dan kita marahkan dia balik?

-2002-

Ada banyak lagi nasihat dan pengalaman yang dia kongsikan dengan kami. Tapi cukuplah 10 yang dapat aku share kat sini. Yang lain-lain tu fikir sendiri la yer


P/S: Seronok dengar pendapat dan pengalaman orang lain. Boleh dijadikan rencah dalam kehidupan kita sendiri

Cuti-Cuti

Dalam mood raya lagipun ni.
Lepas balik beraya di kampung
Dah tak tahu apa nak dibuat di KL
Dengan tiba-tiba teringat janji En. Tunang
Nak bawa jalan-jalan ke Genting Highland
So aku pun tuntut janji

-antara gambar yang diambil, tapi tak berapa ok sebab pakai camera Hp je-

Pada hari raya ke-5 aku ajak En. Tunang pergi Genting
Saje nak jalan-jalan.
Ambil angin sejuk kat sana.
Pukul 4petang kami bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 5petang
Puas cari parking Al-maklumlah Peak Season
Semua penuh...
Last kami parking di Hotel First World Genting.
Senang sikit, naik je kat lobi dah boleh cari Indoor Game
Shopping Mall pun banyak. So tak payah nak jalan jauh-jauh

-En. Tunang yang semakin boroi-

En. Tunang dapat la beli Jersey Nike Brazil kesukaan dia.
Kat tanah rata sangat mahal. Dalam RM260
Kat sini ada discount 40%
Aku pula beli seluar dan baju di Padini Concept.
Harga dan fesyen dia tak sama macam kat tanah rata.
Sangat murah okey. Puas hati jalan jauh

-minum minuman panas sebab sejuk-

-lapar yang amat sangat-

Pastu kami makan di Marry Brown
Biasalah, makanan kat sini mahal
So nak lebih senang dan jimat makan kat fast food je.
Dalam pukul 12.00 tengah malam kami balik.

-mulut kembong, En. Tunang dah snap-


P/S: Dah lama tak pergi jalan-jalan dengan En. Tunang ke tempat romantik.. heheh

Kadang-Kadang III


Kadang-kadang aku tak faham dengan pemikiran sesetengah individu. Kadang-kadang aku malas nak layan @ jaga perasaan mereka. Bosan bila memikirkan kerenah masing-masing. Letihlah kalau aku nak kena layan sorang-sorang . Sebab bagi aku, setiap orang ada perwatakan dan pemikiran sendiri..

Memangla kadang-kadang sangat menyakit dan menjelekkan hati kita sendiri. Kalau diikutkan hati nak je aku tembak sorang-sorang dengan senapang gajah. Biar lenyap satu-persatu di muka Bumi Allah ni. Hahahah…. Tapi kejam lah pula aku rasa. So layan kan je selagi mampu. Kalau dah tak boleh nak handle, aku wat tak tahu je ATAU aku akan menjadi Incredible Hulk. Marah kan saje. Mereka bukan budak untuk aku pujuk-pujuk atau kasi gula-gula supaya mereka dengar cakap aku. Kalau lah budak-budak yang buat aku marah, memang dah aku tangankan. Aku memang sangat garang kalau diikutkan. Aku tak suka orang buat aku marah. Sebab aku ni jenis manusia panas baran lah juga. Tapi cepat sejuk. Maybe ikut perangai sebelah ayah yang panas baran. Kalau aku tak suka kan sesuatu, aku akan cuba untuk berterus-terang. So taklah orang akan marah aku kemudian hari.

Sebenarnya aku nak cerita benda lain. Tapi aku rasa macam tak sampai hati. Tapi kalau tak cerita macam akan menjadi nanah dalam hati aku. Tapi (berapa banyak tapi daaa..).. Next time la aku cerita.


P/S: Rasa meluat pun ada bila mendapat tahu. Tapi masih dalam siasatan. Harap-harap bukan seperti yang aku dan orang lain fikirkan.

"The cure for boredom is curiosity. There is no cure for curiosity"
Pink Cherry