Nasihat dan Pengalaman

Semalam aku dengan En. Tunang dinner kat tempat selalu kami dinner. Owner kedai tu pasangan suami dan isteri memang agak baik dan rapat dengan kami. Sebelum tu En. Tunang ada cakap yang si suami ada call sebab nak cagar geran tanah dia 4 ekar. Dia ada buat business pasir. Dia perlukan dalam 50K untuk business tu dan suruh carikan sesiapa yang ada modal.

So masa tengah makan tu si suami datang ke meja kami dan bertanya ada ke sesiapa nak kan tanah tu. En. Tunang pun berborak-borak dengan dia sambil aku menikmati lauk kesukaan ku.. hehehe... Dalam mereka berborak tu aku tertarik dengan beberapa nasihat dan pengalaman yang dia beritahu. Antaranya :

1) Kalau orang nak menipu kita, ada hitam putih (agreement) pun dia akan tipu. Tengok Nawaitu kita sendiri sebenarnya. Tiada hitam putih pun, kalau hati dia nak bayar dia akan bayar. Betul kan? Pengalaman dia yang kawan baik dia sendiri pernah tipu dia.

2) Nasihat seterusnya ni lebih kepada hubungan antara suami dan isteri. Antaranya pengalaman dia, biarlah orang cakap isteri atau suami kita tak cantik ke handsome. Yang penting kita sendiri, sebab kita yang nak hidup dengan pasangan kita. Bukan orang lain.

3) Jangan percayakan orang ketiga termasuklah emak atau family kita dalam hubungan suami isteri. Sebab tak semestinya mereka ni cuba untuk memperbaiki hubungan kita. Dengar tu boleh lah, tapi kita kena la pertimbangkan setiap nasihat atau kata-kata mereka sebaiknya.

4) Orang lelaki ni suka percayakan kawan dari isteri sendiri. Contohnya senang je nak kasi kawan pinjam duit dari nak kasi isteri. Sebab bagi mereka kawan ni selalu bersama mereka. Tapi silap yer. Orang tahu ke rumah kita takde beras? Orang tau ker kita takde duit? Siapa yang tolong urutkan kepala kita masa kita sakit kepala? Siapa yang tahu kalau bukan isteri kita sendiri. Time susah dan senang isteri sentiasa bersama kita. Sentiasa mendoakan kejayaan kita. Sentiasa di belakang kita.

5) Isteri kena kawal kemarahan atau masalah suami. Jangan kita tambahkan marah dan masalah mereka. Cuba duduk berbincang bersama. Walaupun isteri tak dapat membantu, tapi sekurang-kurangnya dapat menjadi pendengar yang setia.

6) Kalau boleh, elakkan selalu makan di luar yer. Masak la kat rumah. Air tangan isteri ni selain boleh mengeratkan hubungan antara suami dan isteri, masa makan tu kita boleh berbincang pelbagai benda. Kalau makan kat luar, ada ke kita bincang masalah-masalah kita??

7) Kalau boleh sebelum/selepas kahwin buatlah simpanan. Tak kira la apapun. Sebab, anak-anak zaman sekarang tak mungkin akan boleh bela kita masa kita tua nanti. Sekarang ni pun dah banyak kes yang orang tua kena halau/usir oleh anak kandung sendiri. Kalau dia hantar kita rumah kebajikan tu pun dah cukup baik dari campak kita kat mana-mana.

8) Kita bukanlah nak sangat hidup SANGAT kaya. Tapi kalau boleh biarlah rumah atau kereta tak berhutang. Boleh duduk kat rumah bersama family time weekend. Abang ni bukan tak mampu nak pakai BMW ke, Merz ke. Mampu. Tapi bila fikir balik, semua tu masalah. Sebab time tu la perempuan gatal kat luar sana pandang kita. Opppsss.. bukan pandang kita yer, tapi pandang HARTA kita.

9) Suami kalau boleh tak payah lah nak berkawan sangat dengan perempuan. Maksudnye bukan lah tak boleh, tapi cukuplah sekadar kenal macam tu sahaja. Sebab kalau kita dah mula berkawan dengan perempuan, kita akan lupa anak bini kat rumah. Tambah-tambah perempuan zaman sekarang ni nak hidup senang je. Bila kita berduit sikit mula lah nak dekat. JANGAN kita mengadu atau minta pendapat mereka, sebab alamatnya bercerai la kita nanti

10) Kita ni buka takut dengan bini/isteri. Tapi kita hormat dan sayang mereka. Time dia marah-marah tu, kita dengarkan je lah. Jangan pula kita tengking atau marah mereka. Lepastu kita keluar dan dalam sejam balik rumah tengok dia dah mula bercakap dengan kita, haa.. time tu la kita tanya apa masalah dia. Cuba kalau dia tengah marah dan kita marahkan dia balik?

-2002-

Ada banyak lagi nasihat dan pengalaman yang dia kongsikan dengan kami. Tapi cukuplah 10 yang dapat aku share kat sini. Yang lain-lain tu fikir sendiri la yer


P/S: Seronok dengar pendapat dan pengalaman orang lain. Boleh dijadikan rencah dalam kehidupan kita sendiri

2 comments:

Cik Bambam said...

bila masa kau ade belog nieee!! ehhehe..nasib baik aku dpt spot ek!! ehhehe

YUS said...

suka yg no.9!

Pink Cherry