Nasihat II

Dua hari lepas, aku punya Senior Engineer ada cakap mengenai minum sambil berdiri..
Dia cakap tak elok untuk sistem "bladder" kita..
So tadi aku buka FB, ada member post pasal minum berdiri ni..

Mengapa Rasulullah S.A.W melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sf-ringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sf-ringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sf-ringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.


Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal

3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung


P/S: Patutla masa aku minum berdiri rasa senak je perut.. Heheheh

Rezeki Hari Bahagia

Tadi tengok handphone, ada miscall dari En.Tunang
Eh!! Bila pula dia call. Takde bunyi pun.
Padahal aku tak kemana-mana pun.

So aku call En. Tunang balik

Aku : Bila awak call? takde bunyi pun

En.Tunang : Tadi, tapi saya nak mandi dulu. Tu yang tak jadi call


Aku : Owh..


En.Tunang : Awak dah breakfast?


Aku : Belum, tak sempat beli


En.Tunang : Payment saya dah masuk (setelah 5bulan tak bergaji)


Aku: Yer ker? Semua sekali ker?


En.Tunang : A'ah, semua sekali. Sehari dua ni saya sebok sikit sebab nak kira gaji staff


Aku : Okey..


Sebenarnya sejak bulan 8 tahun lepas En.Tunang tak dapat gaji. Dia kerja sebagai Kontraktor TNB. So payment akan dapat selepas target kerja sampai. Pastu nak claim kena pula tunggu lama. Biasala, kerja sebagai kontraktor. Kerja siap baru ada payment. So sepanjang 5 bulan tu, En.Tunang bayar gaji staff dengan duit dia. Banyak juga duit dia habis. Dalam masa tu juga aku ada masa cuba untuk memahami dan ada masa juga aku tension sebab kami nak kahwin. Kena ikat perut untuk buat sesuatu. Kesian aku tengok dia. Tapi kalau aku diam, macamne dengan majlis kami. Kami kerap bergaduh.(tapi kejap jela) eh.. heheh..

Dan dalam mengitung hari bahagia, Allah S.W.T bagi kami rezeki. Bukan 1 tapi 2.

1) 1st of course la gaji En.Tunang selama 5bulan dibayar juga. So senang kami nak merancang apa yang nak dibeli untuk majlis kami nanti.

2) Abang En.Tunang nak pindah rumah, so dia suruh kami sambung bayar rumah yang dia duduk sekarang ini. Bukan tu saja, dia bagi kami siap perabot yang ada kat rumah tu. TV, Peti Ais, Mesin basuh, 2 set bilik tidur siap dengan tilam dan meja makan. So kami dah jimat untuk perabot dan down payment rumah..


P/S : Terima kasih Ya Allah, dengan rezeki yang telah Kau berikan kepada kami.
Aku rasa sangat terharu dan tak tau nak cakap apa.. ALHAMDULILLAH

Mood : Tension

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hari ni aku sangat letih dan tension.
Meh layan lagu Ombak Rindu jap.. hehehe


Nak tahu kenapa aku tension
Aku cari ni


Aku cari kompang untuk majlis aku nanti
Baru aku tahu sewa kompang sekarang mahal
Dah naik harga.
Aku ingat barang dapur je naik harga.
Lari budget babe..


P/S : Takkan kompang pakai CD je. Adoiii T_T

...PerSEDIAAN KaHwin.... Tema

Hye.. Selamat datang February.. Hitung punya hitung tinggal lagi 37 hari aku akan memegang title Puan.. Sangat mendebarkan. Orang tua-tua kata dalam tempoh ni darah manis.. hahahah.. So kena berhati-hati ni. Patutlah tangan aku asyik luka je kebelakangan ni. Adoi.. tah bila luka pun aku tak tau. Tetiba je berdarah..

Okey, ingat tak sebelum ni aku ada cerita kat SINI pasal tema aku color apa? Sekarang sudah tukar yer.. Sebab nya bila aku masuk je butik pengantin.. Mesti color PINK PURPLE yang aku berkenan. So aku decide color tu untuk tema aku.

-sweet sangat sebab ada color pink-

P/S : Kad aku tak siap lagi sebab kedai kad tu tutup 2minggu. CNY. 15.2.2012 baru kad aku siap. Kepada B2B dijemput hadir yer. Kalau nak kad leh bagi alamat. Nanti aku post kat korang
Pink Cherry