Rezeki Hari Bahagia

Tadi tengok handphone, ada miscall dari En.Tunang
Eh!! Bila pula dia call. Takde bunyi pun.
Padahal aku tak kemana-mana pun.

So aku call En. Tunang balik

Aku : Bila awak call? takde bunyi pun

En.Tunang : Tadi, tapi saya nak mandi dulu. Tu yang tak jadi call


Aku : Owh..


En.Tunang : Awak dah breakfast?


Aku : Belum, tak sempat beli


En.Tunang : Payment saya dah masuk (setelah 5bulan tak bergaji)


Aku: Yer ker? Semua sekali ker?


En.Tunang : A'ah, semua sekali. Sehari dua ni saya sebok sikit sebab nak kira gaji staff


Aku : Okey..


Sebenarnya sejak bulan 8 tahun lepas En.Tunang tak dapat gaji. Dia kerja sebagai Kontraktor TNB. So payment akan dapat selepas target kerja sampai. Pastu nak claim kena pula tunggu lama. Biasala, kerja sebagai kontraktor. Kerja siap baru ada payment. So sepanjang 5 bulan tu, En.Tunang bayar gaji staff dengan duit dia. Banyak juga duit dia habis. Dalam masa tu juga aku ada masa cuba untuk memahami dan ada masa juga aku tension sebab kami nak kahwin. Kena ikat perut untuk buat sesuatu. Kesian aku tengok dia. Tapi kalau aku diam, macamne dengan majlis kami. Kami kerap bergaduh.(tapi kejap jela) eh.. heheh..

Dan dalam mengitung hari bahagia, Allah S.W.T bagi kami rezeki. Bukan 1 tapi 2.

1) 1st of course la gaji En.Tunang selama 5bulan dibayar juga. So senang kami nak merancang apa yang nak dibeli untuk majlis kami nanti.

2) Abang En.Tunang nak pindah rumah, so dia suruh kami sambung bayar rumah yang dia duduk sekarang ini. Bukan tu saja, dia bagi kami siap perabot yang ada kat rumah tu. TV, Peti Ais, Mesin basuh, 2 set bilik tidur siap dengan tilam dan meja makan. So kami dah jimat untuk perabot dan down payment rumah..


P/S : Terima kasih Ya Allah, dengan rezeki yang telah Kau berikan kepada kami.
Aku rasa sangat terharu dan tak tau nak cakap apa.. ALHAMDULILLAH

1 comment:

YUS said...

Wahhhhh,.. bestnya!!!

Pink Cherry