Bahana Pengat Durian

Hurrrmm..

Aku halfday harini. Dahla aku selsema. Pastu kena cirit-birit pula
Pagi-pagi buta dalam pukul 1.30am aku terjaga sebab sakit perut. Siang tu memanglah aku makan banyak sangat. Nasi sebungkus, rojak buah aku sorang makan dan pengat durian bersama 2 keping roti. Agaknya perut aku meragam sebab makan banyak kot.
Tak sampai sepuluh minit perut aku buat hal lagi. Tapi disebabkan aku ngantuk, aku terus tidur.. Hahah.. Lepas solat subuh perut masih buat hal.. Apakah sebab itu??
Dalam pukul 8.00am, kawan office call aku tanya sama ada aku cirit-birit sama macam dia. Dan benda yang bermain dalam kepala kami ialah PENGAT DURIAN. Bagi mengukuhkan lagi alasan itu, aku tanya kawan-kawan lain. Dan alasan yang sama..PENGAT DURIAN

Ceritanya macam ni. Semalam bosnita (director wanita) kami buat pengat durian
Tak tahu la bila punya pengat, dia bawa datang office siap dengan 2 roti gardenia jumbo sekali. Aku memang hantu sikit dengan pengat durian ni. So dengan tak malu, aku orang pertama yang merasa pengat durian tu. Mula-mula tu rasa dia memangla pelik sikit. Tapi sebab ada rasa manis, aku teruskan juga makan. 2 keping roti juga lah aku makan. Nasiblah bosnita tu bawa lepas lunch dan perut aku kenyang lagi. Cer dia bawa sebelum lunch.. Mesti tak cukup setengah roti jumbo tu aku melantak. Tapi tak sampai 10minit, pengat tu dah berbuih...???


Ulasan aku : Aku rasa pengat tu dah lama. Sebab tak habis kat rumah, dia sedekah kat kami di office ni.. Hahaha... Kesian kami puan. Nasib tak keracunan. Kalau tak, puan tunggu surat saman saya.. Hahaha.. Apa-apapun thanks sebab sudi bagi kami makan.

Ubat cacing...

Heheheh..


Aku dah makan ubat cacing.. heheheh (tu pun nak cerita)
Semalam aku dah pergi klinik panel untuk ambil ubat cacing
Sebab stock ubat cacing yang selalu aku ambil dah habis
Nurse tu kasi aku ubat cacing ni


Rasa coklat okey.. sedap..
Mesti korang ingat ini ubat cacing untuk kanak-kanak kan??
Tak lah, orang dewasa pun boleh makan tau.
Kalau kanak-kanak bawah 2tahun kena kunyah 1 tablet je.
Kalau 2tahun ke atas dan dewasa, kena kunyah 2 tablet.

Pagi ini aku buang air besar
Tengok gak benda yang keluar tu, tapi takde lak cacing keluar sekali dengan najis aku.. hehehe..(habis la lepasni aku jadi pelupa)

Ubat cacing ada 2 jenis

* Albendazole/mebendazole – Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya.

* Pirantel Pamoate – Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Patutlah aku rasa pening lepas makan ubat cacing ni. Rupanya ada side effect. Aku google gak pasal ubat cacing ni. Ni side effect nye ye aku dah translate.

"Anda mungkin mempunyai sakit kepala, sakit perut atau loya semasa dirawat dengan Champs D-Worms 6 ®. Kesan-kesan sampingan ini lebih cenderung jika anda mengambil Champs D-Worms 6 ® untuk tempoh yang panjang, seperti selama sebulan. Jika anda mengambil Champs D-Worms 6 ® hanya sebagai satu dos, kesan-kesan sampingan ini biasanya tidak mungkin berlaku.
Champs D-Worms 6 ® boleh menyebabkan pening. Jika anda berasa pening, jangan memandu atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti di mana anda perlu berwaspada"

(untuk tumbesaran sila click image)

Tak sihat....

Hurrmmmm...

Memang sekarang ni musim orang demam, selsema dan batuk ke?
Hujan panas, hujan panas.. Adoii...
Last week aku demam..
Genap seminggu lepas demam, hari ini aku selsema pulak..
Ingat tadi nak rest je kat rumah
Tak tahan sebab asyik bersin je keje aku.

Ni kat office, asal aku angkat bila orang call je, mula la hidung aku rasa cam ada ulat nak keluar. Berlumba-lumba nak bersin. Bila takde orang call elok je ni.
Kang makan ubat selsema, mau aku tidur kat depan ni kang.
Sebab ubat tu akan buat kita ngantuk. Ubat selsema tu memang aku saje minta supaya ngantuk. Sebab aku alergi ubat. Takleh nak makan ubat yang ada PCM (Paracetemol yang terdapat dalam Panadol atau ubat demam). Kan kalau kita selsema kepala akan sakit. So aku minta ubat selsema ngantuk sebab ubat tu akan buat aku rest(tidur). So takdela aku akan menderita sakit kepala..
Dah habis tisu office ni aku kerjakan..


P/S : Boss.. boleh tak saya nak MC lagi.. Waaa.. mata ni dah berair dan kepala saya sakit la boss. Nak balik tidur..!!!!






Cacing dalam perut

Tadi berborak dengan officemate tentang cacing pada haiwan bulus (kucing) masing-masing. Entah macam mana termasuk cerita pasal cacing dalam perut manusia. Jangan ingat masa kecil je kita ada cacing okey. Manusia dewasa juga mengalami kecacingan dalam perut. Last aku makan ubat cacing awal tahun lepas (2010). Doctor cakap kalau orang dewasa kena makan ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ubat cacing sekarang dah tak macam dulu masa kecil-kecil. Makan dan masa berak keluar sekali cacing dengan najis kita. Ubat cacing sekarang dia hancurkan cacing dan masa najis keluar takde lah nampak cacing sebijik.. Cacing juga ada beberapa jenis seperti cacing jarum, cacing gelang, cacing pita. Ini ada info sihat tentang kecacingan dalam perut.

Cacing dan Jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.

Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasisdan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi Jangkitan

Cacing Gelang

Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan

Cacing cemeti

Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan prolaps rectum atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu

Cacing kerawit

Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Simptom Jangkitan Cacing

* Kurang selera makan

* Tumbesaran terganggu

* Kerap muntah

* Sakit perut

* Kerap cirit-birit

* Pucat

* Gatal pada dubur

P/S : Balik ni nak pergi klinik panel ambil ubat cacing la.. huhuhuh




Pink Cherry