2 Mak

Semalam Hari Lahir buat 2 mak aku. Emak kandung and Mak mertua aku. Lahir pada tarikh yang sama tapi tahun lain iaitu 29 April.. Aku ingat kalau dapat duit kenaikan gaji boleh celebrate sama-sama dengan 2 mak. Hurmmm.. Apakan daya, takde rezeki pula.. So semalam aku celeb birthday mak kandung aku je dengan adik beradik dan En. Suami. Petang tu aku dengan En. Suami pergi beli kek dan satay jer.. So kat bawah aku share gambar yang sempat aku snap

-besday girl sexy sebab panas-

-besday girl tengah potong kek-

-aku (muka comot n berminyak) bersama anak buah-

-En. Suami yang makin boroi.. Oppss-

-ahli keluarga-

-juadah yang ada, kek dan satay-


P/S : Selamat Hari Lahir kepada Emak dan Mak mertua ku. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan tabah melayan kerenah anak-anakmu ini.. Love both of you very the ketat-ketat (ayat blogger skang)

Mood : Wanita Hamil


10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


P/S : Feel macam ibu ngandung.. hahhaha.. kalo ada rezeki, InsyaAllah..

Kawab Baik Vs Kawan Biasa??

Sebenarnya aku amat terkilan dan agak sedih juga. Dalam hati pun masih tertanya-tanya. Dia mengaku kawan baik aku. Kami memang baik dan rapat. Walau berjauhan, aku selalu juga call dia untuk mengetahui khabar dia. Selalu bergosip bersama. Kalau telefon tu tak sah sejam juga la. Sebab jenis aku berkawan, kalau aku rapat dan baik dengan seseorang, tak kira dia jauh ke, dah berkahwin ke, beranak-pinak ke. Aku tetap akan terus berhubung. Kecuali kalau dia terus menyepi. Dan kawan baik aku takla ramai. Sebab aku kalau rapat tu, mesti dengan yang itu je la.

Okey, itu intro cerita yer. Macamni, kalau korang la kan. Apa perasaan korang bila pada hari penting dalam hidup korang, kawan baikkkk la sangat ni tak hadir?? Aku boleh terima kalau dia ada hal yang sangat penting pada hari tu sampai tak datang. Tapi sekurang-kurangnya melawatla aku selepas dari hari penting aku tu. Tapi harommm.. Just call, say sorry and reason. Sentap kan?? Aku rasa jarak perjalanan dia dari rumah aku takla sampai sehari. 2jam pun tak lebih. Masa aku tunang hari tu pun dia tak datang. Bagi aku takpe lah sebab tunang je. So aku harap sangat masa aku kahwin dia datang. Share kegembiraan aku.

Sebab sebelum tu dia dah janji, dia akan sampai sebelum hari aku nikah. Hati ni sangatlah berbunga sebab kawan baik nak bersama-sama dengan kita. Tunggu tak datang juga. Hari sanding, terintai-intai juga. Takde pun. Tengok HP, takde pun call atau mesej. Okey, aku sentap.

Dipendekkan cerita, hari bahagia dia akan menjelma lagi sebulan. Dia harap aku datang. Aku memang excited la sebab kawan baik aku dah bertemu jodoh. Tapi semalam, aku tiba-tiba berkira nak datang atau tak majlis dia. Tiba-tiba aku rasa tak fair dengan apa yang dia dah buat kat aku. Apa yang patut aku buat? Dalam hati ni sakit sangat. Aku macam nak balas je. Tak baik kan aku???




P/S: Kalau korang berada di situasi aku, apa yang akan korang lakukan? Sedangkan kawan aku yang biasa-biasa pun sanggup datang dari jauh. Walau tengah kerja pun sanggup datang. Aduh..

...Review Blog2...

Okey, hari ini aku nak share 1 blog yang aku suka. Sapa-sapa yang minat baca novel bolehlah follow blog ni yer. Blog ni bukan saja buat review pasal novel-novel yang berada di pasaran. Sebaliknya ada juga novel bersiri di kalangan blogger yang sudi share diorang punya karya di Blog Penulisan2u


P/S : Selamat mengisi masa terluang yer dengan membaca novel di blog ini okey
Pink Cherry