Kawab Baik Vs Kawan Biasa??

Sebenarnya aku amat terkilan dan agak sedih juga. Dalam hati pun masih tertanya-tanya. Dia mengaku kawan baik aku. Kami memang baik dan rapat. Walau berjauhan, aku selalu juga call dia untuk mengetahui khabar dia. Selalu bergosip bersama. Kalau telefon tu tak sah sejam juga la. Sebab jenis aku berkawan, kalau aku rapat dan baik dengan seseorang, tak kira dia jauh ke, dah berkahwin ke, beranak-pinak ke. Aku tetap akan terus berhubung. Kecuali kalau dia terus menyepi. Dan kawan baik aku takla ramai. Sebab aku kalau rapat tu, mesti dengan yang itu je la.

Okey, itu intro cerita yer. Macamni, kalau korang la kan. Apa perasaan korang bila pada hari penting dalam hidup korang, kawan baikkkk la sangat ni tak hadir?? Aku boleh terima kalau dia ada hal yang sangat penting pada hari tu sampai tak datang. Tapi sekurang-kurangnya melawatla aku selepas dari hari penting aku tu. Tapi harommm.. Just call, say sorry and reason. Sentap kan?? Aku rasa jarak perjalanan dia dari rumah aku takla sampai sehari. 2jam pun tak lebih. Masa aku tunang hari tu pun dia tak datang. Bagi aku takpe lah sebab tunang je. So aku harap sangat masa aku kahwin dia datang. Share kegembiraan aku.

Sebab sebelum tu dia dah janji, dia akan sampai sebelum hari aku nikah. Hati ni sangatlah berbunga sebab kawan baik nak bersama-sama dengan kita. Tunggu tak datang juga. Hari sanding, terintai-intai juga. Takde pun. Tengok HP, takde pun call atau mesej. Okey, aku sentap.

Dipendekkan cerita, hari bahagia dia akan menjelma lagi sebulan. Dia harap aku datang. Aku memang excited la sebab kawan baik aku dah bertemu jodoh. Tapi semalam, aku tiba-tiba berkira nak datang atau tak majlis dia. Tiba-tiba aku rasa tak fair dengan apa yang dia dah buat kat aku. Apa yang patut aku buat? Dalam hati ni sakit sangat. Aku macam nak balas je. Tak baik kan aku???




P/S: Kalau korang berada di situasi aku, apa yang akan korang lakukan? Sedangkan kawan aku yang biasa-biasa pun sanggup datang dari jauh. Walau tengah kerja pun sanggup datang. Aduh..

No comments:

Pink Cherry