Pertemuan Pertama dan Yang Terakhir

Selama 10 tahun berkasih dan hampir sebulan berkahwin, tak pernah aku melihat rupa nenek kandung kepada Encik Suami. Hanya mendengar cerita yang dia sakit. Okey, ayat skema..

Semalam aku EL. Masa hari Selasa petang mak mertua aku cakap nenek dah nazak. Habis semua badan dah kebiruan. So, dia nak balik kampung malam tu juga. Balik dari kerja tetiba En. Suami bagitahu yang nenek dah meninggal. Aku nak sangat balik sebab aku tak pernah tahu macam mana rupa nenek dia.

En. Suami pun menyuruh aku mengemas baju apa yang patut. Tengah aku masuk baju dalam beg, tetiba abang ipar aku cakap kereta dah penuh. So maknanya aku tak boleh ikut. Apa yang korang rasa?? SENTAP sesangat okey!!!!. Aku dah kemas baju, pastu tak boleh ikut. Dengan tak semena, berlaku la drama melayu klasik. Aku nangis bagai. Padahal En. Suami bukan nak pergi mana pun. Nak balik tengok nenek buat kali terakhir. So aku tak hantar pun dia pergi rumah mertua. Adik aku yang hantar. Dalam 10minit En. Suami call aku suruh siap nanti dia ambil aku dan terus balik kampung. Aku??? Terus melompat sebab dapat ikut.

Perjalanan dari Gombak ke Kempas, Johor mengambil masa dalam 6jam. Sesiapa yang mengenali aku, mesti korang pelik kan. Sebab aku kan cakap kampung kami sama iaitu Melaka. Kempas ni kampung Mak Cik sedara En. Suami. Kebetulan dan telah sampai ajal nenek meninggal di rumah anak yang sana. So akan dikebumikan di Kempas, Johor. Sampai je sana, suasana sangat sunyi dan sedih. Bacaan Yassin kedengaran. Sedara-mara mulai ramai. Dari yang aku kenal dan tak kenal semua ada. Yang best mengenai family En. Suami, dorang SANGAT happening okay. Walaupun bersedih, mereka pandai memeriahkan suasana.

Dalam pukul 9.30 pagi, mayat nenek telah dimandikan. Dan selepas dikafankan, sesi yang paling menyedihkan bermula. Anak-anak, cucu dan sedara-mara mengambil kesempatan untuk cium dan melihat wajah nenek untuk terakhir kalinya. Aku juga tak ketinggalan. Korang kan tahu aku ni amat penakut. Sebab aku kalau melihat mayat, sampai sebulan aku akan trauma masa tidur. Pandang sini, sana dan mana-mana akan ternampak wajah mayat tersebut. Tutup mata pun nampak.Okey, melalut jap. Tapi itu reality sebelum kahwin la. Now, aku dah kahwin, ada peneman tidur. Takla aku takut sangat.

Pipi nenek aku cium. Sejuk dan wangi. Masa cium nenek, aku hanya melihat wajah nenek sekejap, dan dalam hati aku berkata “ Nenek, ini kali pertama dan yang terakhir Jue mengenali nenek, semoga nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman”. Dengan tak semena, air mata aku mula mengalir. Okey, aku sangat sedih sebab aku tak sempat mengenali nenek. Jenazah nenek selamat dikebumikan di Bukit Aliff, Kempas.

Lepas Zohor, tahlil untuk keluarga diadakan dan selepas tahlil kami bergerak balik ke Gombak.

P/D : Pertama dan terakhir. Harap nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


No comments:

Pink Cherry