36 Minggu


Waaahhh..kalau diikutkan kiraan doktor aku dah 36 minggu bersamaan 9 bulan. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku mabuk/alahan.... Apa perasaan aku? Hurmm.. Seriously, aku tak rasa takut. Yang aku rasa sekarang ni ialah sangat tak sabar nak tunggu anak ini lahir ke muka bumi.. Sampai aku mimpi-mimpi okay. Punya tak sabar. Persediaan untuk anak aku dah settlekan masa kandungan aku masuk 7 bulan. Baju, barut, stokin, dan perkakas lain semua dah ready. Beg nak bawa ke hospital pun dah letak tepi katil. Tunggu masa nak letak dalam bonet kereta.

agaknya macamni keadaan baby aku dalam perut

Ni sedikit info yang aku dapat dari Baby Center .

"Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6paun/2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna. 

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan" 

Sejak akhir-akhir ni, badan aku makin rasa berat. Pastu bila nak bangun perlukan pertolongan orang atau tarik something. Barulah aku boleh bangun. Pinggang pulak, asal bangun tidur je rasa sakit yang amat sangat. Tak boleh berdiri lama. Tapi lepaslah pusing satu IKEA dengan The Curve seharian.. muahahha..


P/S : Harap Allah permudahkan urusan masa aku bersalin nanti. Korang doakan sekali yer.

No comments:

Pink Cherry