...Cerita episod lagi...


Lepas habis Drama Tentang Dhia kat TV3, sambung lak drama Gemersik Kalbu. Baru aku teringat yang cerita ni di adaptasi dari novel Gemersik Kalbu penulisnya Anis Ayuni. Seingat aku, aku dah baca novel ni masa aku study dulu. Orang duk sebok study buku tebal-tebal (mahal), aku lak duk berjiwang baca novel. Dan disebabkan aku tengok drama ni, so aku pun baca novel ni buat kali ke_2 untuk refresh balik apa yang aku dah baca.

Ni sinopsis Novel Gemersik Kalbu yang aku ambil dari belakang novel tu:

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!


Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.


Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Dimanakah titik pertemuan mereka?

Novel ni sangat sedih dan buat aku nangis juga. Macam baca novel Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Part yang sedih tu masa lepas Cikgu Wan (tunang Raihana) meninggal dan Rihana terpaksa melalui hidup dia tanpa insan yang dia amat sayang. Bayangkan dia dah merancang nak kahwin dan duduk rumah idaman mereka. Waaa... touching okey..

Okeyla, aku nak continue baca novel ni. Malam kang nak tengok drama dia pulak. Korang pun tengokla sekali okey.. bye..

Fobia

Hurmm..

Sejak aku kena raba/cabul atas motor haritu, aku dah jadi fobia untuk keluar malam dan naik motor sorang-sorang. Bila ada motor lalu sebelah aku dekat-dekat je aku dah jadi menggelabah. Semenjak dari kejadian tu, kemana-mana jer aku pergi untuk waktu malam mesti bertemankan En.Tunang.

Semalam aku nak lepak dengan kawan baik aku kat rumah dia dalam pukul 9.00pm naik motor. Lepastu aku call bagitahu En.Tunang sebab aku taknak dia fikir aku keluar dengan orang lain. Lepas tu En.Tunang marah aku.

Aku : Awak, saya nak lepak dengan Didie kat rumah dia boleh?

En.Tunang : Awak nak pergi dengan siapa?

Aku : Soranglah.

En.Tunang : Berani pula awak nak pergi. Dah malam ni. Tak takut ker?

Aku : Ala, pasrah je la.

En.Tunang : Takde, awak tunggu saya mandi jap. Nanti saya hantar awak pergi rumah didie. Kalau awak pergi sorang, Tak payah pergi.

Aku : Takpe ker? Tak susahkan awak ker? Awak kan baru balik kerja.

En.Tunang : Saya risau awak pergi sorang-sorang. Tunggu, kejap lagi lepas mandi saya datang rumah awak.

Hurrrmmm..... terharu sangat. Rasa nak nangis je. Lelaki ni kadang-kadang tak nampak pun dia tunjukkan kasih sayang dia kat kita. Tapi diam-diam jer kan..




Buah hati baru

Heheheh..

Aku kalau tak jumpa dia ni sehari rasa macam tak lengkap hidup. Kalau balik kerja, perkara pertama yang aku buat adalah cari dia. Balik dari jumpa En.Tunang pun mesti kena jumpa dia dulu. Cium dia, peluk dia dan gigit dia. Nak tahu siapa dia???

Korang mesti dah fikir bukan-bukan kan? Curang dengan En. Tunang. No lah, aku tetap setia dengan En. Tunang.














tara......

Ini adalah anak buah pertama aku. Nama dia Nur Issya Emilia. Berumur 1 tahun 1 bulan dan 5 hari. Anak kepada adik nombor 2 aku. Aku memang suka baby girl. Sebab tu aku sangat sayang kat dia ni. Aku suka baby girl bukan sebab apa pun. Cuma pakaian budak perempuan kan comel-comel. Especially pink color. So kalau aku belikan baju untuk Issya ni mesti color pink. Disebabkan Issya ni juga aku nak sangat Kahwin cepat. Aku nak baby cepat. Hehehhe...





P/S : Semoga aku cepat kahwin dan cepat dapat baby. Amin.. heheheh

Calendar 2012

Hurmmm...


Dah masuk tahun 2012 pun, tapi pagi ni meja aku still takde Calendar lagi. Bila officemate aku, kak T tanya 6.1.2012 hari apa, aku boleh cakap hari Selasa. Rupanya aku tertengok calendar December 2011. Hehehhe... Sorry yer Kak T. Saya salah hari. Maklumlah saya takde calendar untuk tahun baru ni. So aku pun buat calendar sendiri. Kesian betul aku.

-Calendar yang aku buat guna Word-

Masa tahun 2011, aku curi calendar Big Boss.(Eh, jangan bagitahu Big Boss yer aku curi dia punya calendar. Sebab dia kan dah banyak calendar, so tak salah aku ambil satu kan?) Tapi tahun ni takde pula aku nampak orang kasi calendar kat Big Boss.

Tadi En. Sufian ada jumpa client. Kebetulan orang tu kasi dia Calendar 2012 dan sebelum En. Sufian naik tangga dia ada offer aku calendar tu. Aku apa lagi, terus angguk macam burung belatukla. Rasa nak nangis pun ada. Terharu pun ada. "Terima Kasih En. Sufian". So sekarang atas meja aku dah ada Calendar. Takde la aku salah tarikh lagi.. heheheh

-Calendar yang En.Sufian kasi bagi menyerikan meja aku-


P/S: Aku sangat memerlukan Calendar untuk catat nota, filing surat, cop tarikh pada surat dan sebagainya..
Pink Cherry