Sewa Dulang Hantaran

Tetiba hari ini aku nak buka business pula. Sewa dulang hantaran. Yolah kan. Dulu masa aku bertunang dulu my mum sebok nak beli dulang ni. Bila fikir balik, sapa lak yang nak kahwin lepas ni kalau aku beli. Tapi my mum cakap cousin aku kan ramai perempuan. Sewa je la kat mereka-mereka tu. Tak pun kengkawan ramai. Nak tunggu adik bongsu aku, dia baru je Darjah 6 tahun ni. Lagipun bukan duit aku pun. Duit my mum.. Hahahahah Kepada bakal pengantin, sesiapa yang nak sewa dulang pengantin jenis yang kat bawah ni, bolehlah email atau mesej aku kat FB. Harga boleh dirunding. Tak mahal pun.






Dulang ni ada 7 unit jer. RM7.00/unit.


Cara-cara nak sewa

1) Email aku (jue_on85@yahoo.com) atau PM aku kat FB
- Nama
- No. Telefon

- Email

- Alamat


2) Pastu kita nego harga macam mana


3) Then bagi aku deposit RM50.00 dulu sebab takut hilang atau rosak. Kalau takde apa-apa aku akan pulangkan balik deposit ni.


4) Penghantaran untuk area KL, Gombak dan kawasan yang berdekatan je. Kalau luar dari kawasan, elok datang ambil sendiri je.


5) Buat pembayaran

DIY : Pomander Ball

Ingat tak lagi sebelum ni aku ada buat pasal Bunga Crepe?
Haritu aku ada buat DIY pasal Bunga Crepe kan.
Tapi cara tu macam susah sikit.
So harini aku nak ajar cara mudah kat kamu orang.

1) Bahan-bahan sama macam yang haritu, cuma tambahan dia penutup botol pewangi


2) Mula-mula buat bentuk bulatan. Ikutlah, kalau korang nak bunga tu besar, besar lah bulatannya


3) Gunting bulatan tu, susun berapa keping yang korang nak. Macam aku, aku ambil 7 keping je. Lepastu stapler.


4) Kemudian korang renyukkan satu-satu(sekeping), sampai habis. Dan kemudian kembangkan setiap keping hingga yang akhir


5) Dan... Tada


Okey, tajuk entry aku pasal Pomander Ball kan? Tapi aku melalut pasal Bunga Crepe pula.
Nanti dulu, sebenarnya dengan Bunga Crepe ni, macam-macam korang boleh buat.
Antaranya Bunga Telur, Bunga Rozek dan juga Pomander Ball ni. Kalau korang nak beli mahal juga tau.. Dalam RM20.00++ juga
Tapi aku buat sendiri modal cuma dalam RM10.00 jer

1) Selepas siap Bunga Crepe ni korang sediakan barang-barang ni pula

- gabus bulat
- jarum peniti/glue gun
- riben

2) Susun dan gam bunga ikut creativity masing-masing

3) Lekatkan riben pada gabus bulat ni. Ia sebagai pemegang Pomander ball tu nanti. Dan siap..

bunga crepe kat pomander ball ni color lain tau. Sebab lupa nak amik gambar masa buat bunga crepe color ni..hihihi

P/S : Lepasni aku nak tunjuk DIY bunga rozek pula yer..

Perbuatan Sama tapi...


Kita selalu dengar yang suami curang atau kahwin lain.
Dan benda tu bagi kita sangat normal kan.
"Alah, biasala tu. Suami curang"
"Isteri dia tak pandai jaga suami la tu"
"Wife aku dah gemukla. Tak slim macam dulu"

"Bila balik rumah je, kain batik, bau ikan, muka comot"
"Ala, kan sunnah Nabi. Boleh kahwin sampai 4"


Zaman sekarang ni pula kita kerap dengar isteri curang.
Dan..apa kata mereka?
"Kau ceraikan je bini kau tu"
"Teruk betul si Peah. Tak cium bau syurga dia nanti"

"Apa yang tak cukup dan puas laki dia bagi agaknya?"


Sini ada sedikit INFO..


P/S: Nothing to say.

...PerSEDIAAN KaHwin.... Borang Kahwin

Hurmm...

Tadi pergi ambil borang HIV Test untuk buat appointment.
Aku tak tahu pula prosuder sekarang ni kena buat appointment dulu.
Kawan aku cakap dulu dia tak kena pun. Just datang klinik dan terus check, pastu dapat result.


Sebelum tu aku ada gak call klinik kerajaan di Daerah Gombak ni. Oppss.. lupa pula nak bagitahu. Sesiapa yang nak kahwin, kena buat HIV Test dekat klinik/hospital kerajaan yer. Kalau klinik/hospital swasta tak diterima yer..

Okey, berbalik pada cerita aku. Bila aku call klinik-klinik ni. Ada yang engaged sepanjang masa, ada yang aku call suruh cari klinik yang berdekatan la. Dan ada yang aku call, tarikh appointment dia dekat 2minggu dari tarikh aku nak nikah. Gila ke apa. Buatnye Pejabat Agama tak nak proses/lulus permohonan nikah aku. Tak ke naya je aku kena postpone lama lagi. So aku dah dapat tarikh yang bagi aku awal sebulan lebih dari tarikh nikah iaitu 25.01.2012. Kira okey la tu.

Dan hari minggu hari tu aku ada jumpa tok kadi yang bakal menikahkan aku untuk ambil Borang Permohonan Nikah. Lepasni banyak la kerja aku nak kena settlekan.. Adoi… (Berusaha Jue, Chaiyookkk). Nasib awal-awal lagi aku dah pergi kursus kahwin. Kalau tidak, mau terbalik meja…




P/S: Sebenarnya u’oll… I tak decide lagi bila nak nikah dan kenduri. Dan kad kahwin pun tak tempah lagi. Matikkk….




Pink Cherry