...PerSEDIAAN KaHwin.... Borang Kahwin

Hurmm...

Tadi pergi ambil borang HIV Test untuk buat appointment.
Aku tak tahu pula prosuder sekarang ni kena buat appointment dulu.
Kawan aku cakap dulu dia tak kena pun. Just datang klinik dan terus check, pastu dapat result.


Sebelum tu aku ada gak call klinik kerajaan di Daerah Gombak ni. Oppss.. lupa pula nak bagitahu. Sesiapa yang nak kahwin, kena buat HIV Test dekat klinik/hospital kerajaan yer. Kalau klinik/hospital swasta tak diterima yer..

Okey, berbalik pada cerita aku. Bila aku call klinik-klinik ni. Ada yang engaged sepanjang masa, ada yang aku call suruh cari klinik yang berdekatan la. Dan ada yang aku call, tarikh appointment dia dekat 2minggu dari tarikh aku nak nikah. Gila ke apa. Buatnye Pejabat Agama tak nak proses/lulus permohonan nikah aku. Tak ke naya je aku kena postpone lama lagi. So aku dah dapat tarikh yang bagi aku awal sebulan lebih dari tarikh nikah iaitu 25.01.2012. Kira okey la tu.

Dan hari minggu hari tu aku ada jumpa tok kadi yang bakal menikahkan aku untuk ambil Borang Permohonan Nikah. Lepasni banyak la kerja aku nak kena settlekan.. Adoi… (Berusaha Jue, Chaiyookkk). Nasib awal-awal lagi aku dah pergi kursus kahwin. Kalau tidak, mau terbalik meja…




P/S: Sebenarnya u’oll… I tak decide lagi bila nak nikah dan kenduri. Dan kad kahwin pun tak tempah lagi. Matikkk….




3 comments:

YUS said...

uish.. kena rancang bebetul ni! ni urusan paling penting dalam hidup ni! hehe..

~CAHAYA~ said...

sy kwin insyaAllh bln jan 2013, ingtkn apoimen tu dpt cpt, rupeny xtentu ye, makneny skng sy kena wt apoimen cpt la ye...huhu

-budakmusyuk- said...

~CAHAYA~

better awk settle 2bulan sebelum tarikh awk nikah.. takut nnti bila dh hantar mcm2 yg dia nak.. heheh

Pink Cherry