Berjuang..

Tadi aku dapat call dari Hospital Selayang.
Sebab sebelum ni aku sakit gigi..
Gigi geraham bongsu sebelah kanan kat bawah aku kena operate
Dah rosak teruk dan tak keluar habis dari gusi.
Sebab dah takde ruang untuk tumbuh.
Kalau diikutkan waiting list, ramai lagi nurse tu kata
Tetiba, tadi diaorang call cakap aku kena operate hari ini juga
Lagi 2minggu aku akan diijabkabulkan..
Aku takut juga effect dia nanti.
Tapi aku tawakal la.. Berserah pada Allah SWT.
Semoga takde apa yang buruk berlaku.

Kepada kawan-kawan B2B.. saya nak minta maaf kalau penulisan saya ini ada menyinggung hati mana-mana pihak.

P/S : Doakan saya selamat yer..

Biadap..

Hurmm...

Nak kata busy sangat, tak pun.. selalu je aku tengok bergayut..
Kerja selalu je silap dan tak ikut date yang sepatutnya.
Yang jadi mangsa orang yang bawahan ni.
Nak kata aku perfect tak juga. Tapi aku akan cuba buat walau aku tak berapa tahu
Walau bukan kerja aku.
Dan kerja dia hanya tau, "minta tolong kejap".
Bila orang tak dapat nak tolong, mula nak marah.
Itu ker cara minta tolong?? Kalau minta tolong, kena ikhlas. Baru orang ikhlas nak tolong.
Jangan tau nak marah kalau orang tak boleh tolong.

Bila orang tegur cara kerja dia, tau nak melenting
Konon aku paling penting dalam office ni.
Kalau aku takde, semua orang susah.
Pergi mati la kau..

Lain kali pergi belajar macam mana cara nak minta tolong dengan orang cara baik
Macam mana cara nak hormat orang.
Jangan hanya rupa jer elok, tapi dalam.. hurmmm..
Bukan aku tak nak lawan, cuma aku malas nak besarkan satu hal.


P/S : Tapi kali ini aku lepaskan kau sebab tadi boss ada depan aku. Kalau tak kau tau apa akan terjadikan. Bukan kali ini jer aku sabar. Tunggu sebab kau dan aku juga manusia.

Selama 27 tahun aku hidup...

Selamat Hari Lahir buat aku yang ke-27 tahun.. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan rezeki, bahagia bersama orang tersayang dan family dan semoga tahun ini aku dapat berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Tahun ini last birthday aku bujang. Lepas ni sambut dengan En. Suami pula kan.. Tahun 2012 ini adalah tahun yang terbaik buat aku sebab :

1) Cinta kami selama 10 tahun akan bersatu dengan ikatan perkahwinan. Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang sihat dan soleh/solehah..

2) Aku akan ada family baru yang ramai, ada abang, kakak dan adik (ipar), 2 orang emak. Selama ni ada emak, ayah, adik lelaki 2 orang.. hehehe

3) 1st time sambut Ramadhan dan Hari Raya bersama En. Suami dan keluarganya.

4) Ada 2 kampung (walaupun kampung kami perjalanan cuma 20min, Lubok Cina dan Brisu)

5) Bermula episod baru aku sebagai seorang isteri. Kena jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.. InsyaAllah


P/S: Semoga apa yang dirancang akan terlaksana.. Amin.. Terima kasih Ya Allah..

Luahan Rasa

Hurmmm…


Dah lama tak post sesuatu kat blog ni kan?

Situasi : Setiap kali ada jamuan makan…

Aku bukan berkira, tapi kau yang mengajar aku untuk berkira. Nak kata budak lagi tapi dah matang segala serba-serbi. Kalau nak diikutkan bukan kerja aku pun untuk entertain semua orang. Tapi kalau untuk client/customer memang la kerja aku walau tak masuk dalam skop kerja aku pun. Sebab kalau aku tak sebok, memang aku akan buat. Aku tak akan berkira walau aku pergi beli, kena kemas, kena angkat atau sebagainya. Bukan seronok ke keluar pergi cari barang atau beli sesuatu? Tak susah pun, sebab lepas tu semua orang akan makan/guna. Termasuk kau sekali. Eh…

Bukan nak kata apa, setiap kali ada jamuan makan. Semua orang akan makan “bersama-sama”. Selepas makan, akan duduk tempat masing-masing. Tapi nak kena kemas? Tinggal berapa kerat je pun yang akan membantu. Kalau lelaki tu aku boleh accept, tapi perempuan? Kau orang perasan tak setiap perbuatan kau orang tu menggambarkan siapa diri kau orang sebenarnya. Malas, pengotor dan fikir sendiri. Untuk sekali dua aku boleh bertolak ansur. Tapi kalau setiap kali?? Ingin aku terangkan kat sini yang aku dan dia yang membantu bukan tea-lady atau cleaner office. Eh, kat office ke?? Ahahah..

Masing-masing dah besar. Pandai la fikir. Kat office ni bukan ada emak yang akan tolong kemaskan untuk semua.

-kat office jangan tau tidur je. Eh?-

P/S: Aku tak berkira, tapi sendiri fikir. Kalau setiap orang ada rasa pembersih, so takdela semak sangat kan?

Pink Cherry