Luahan Rasa

Hurmmm…


Dah lama tak post sesuatu kat blog ni kan?

Situasi : Setiap kali ada jamuan makan…

Aku bukan berkira, tapi kau yang mengajar aku untuk berkira. Nak kata budak lagi tapi dah matang segala serba-serbi. Kalau nak diikutkan bukan kerja aku pun untuk entertain semua orang. Tapi kalau untuk client/customer memang la kerja aku walau tak masuk dalam skop kerja aku pun. Sebab kalau aku tak sebok, memang aku akan buat. Aku tak akan berkira walau aku pergi beli, kena kemas, kena angkat atau sebagainya. Bukan seronok ke keluar pergi cari barang atau beli sesuatu? Tak susah pun, sebab lepas tu semua orang akan makan/guna. Termasuk kau sekali. Eh…

Bukan nak kata apa, setiap kali ada jamuan makan. Semua orang akan makan “bersama-sama”. Selepas makan, akan duduk tempat masing-masing. Tapi nak kena kemas? Tinggal berapa kerat je pun yang akan membantu. Kalau lelaki tu aku boleh accept, tapi perempuan? Kau orang perasan tak setiap perbuatan kau orang tu menggambarkan siapa diri kau orang sebenarnya. Malas, pengotor dan fikir sendiri. Untuk sekali dua aku boleh bertolak ansur. Tapi kalau setiap kali?? Ingin aku terangkan kat sini yang aku dan dia yang membantu bukan tea-lady atau cleaner office. Eh, kat office ke?? Ahahah..

Masing-masing dah besar. Pandai la fikir. Kat office ni bukan ada emak yang akan tolong kemaskan untuk semua.

-kat office jangan tau tidur je. Eh?-

P/S: Aku tak berkira, tapi sendiri fikir. Kalau setiap orang ada rasa pembersih, so takdela semak sangat kan?

No comments:

Pink Cherry