Weekend Kami

Lama dah tak update. Bulan ni je macam-macam masalah yang menimpa aku. Alhamdulillah semuanya dah settle. Aku harap aku boleh bertabah dan sabar menghadapi ujian ini. So akan datang ianya akan menjadi teladan dan peringatan kat aku supaya tak berlaku lagi. Allah menguji mengikut kemampuan kita. Mungkin sebelum ni aku jauh dari Nya. Dengan ujian ini membuatkan aku dekat dengan Nya. Moga lepas ni aku tak terlupa lagi. Apa yang jadi ada hikmah disebaliknya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Biarlah ianya tersimpan di ingatan aku selamanya. Tak manis untuk aku bercerita. Cukuplah sekadar orang tau ianya melibatkan keluarga. Dan harapan aku agar kami bahagia selepas ni. Amin.

Skema sekejap kan. Haha... Now aku dah okay sikit. Sebelum ni aku murung and tak selera makan. Tapi best juga tak ada selera makan. Sebab perut aku dah kempis sikit dan berat badan aku dah turun. Kalau tak perut aku je dah macam orang ngandung 3 bulan.

So berbalik pada cerita weekend, aku ajak En. Suami pergi Tasik Titiwangsa. Saje nak bawa Umar jalan-jalan. Kesian dia asyik duduk rumah je. Tapi En. Suami tak nak sebab dia nak tengok Piala Thomas pukul 5.30pm. Aku paksa juga. Aku cakap kejap pun takpe. So keluar dari rumah pukul 4.00pm dan sampai sana dalam 4.30pm. Round tasik bawa Umar naik Tricycle dia. Tetiba nampak orang naik kereta kuda. Selama ni Umar tengok kuda dalam buku and TV je. Sekarang tengok live. Dia teruja sangat. So aku ajak En. Suami naik kereta kuda bawa Umar. Carilah mana tempat kereta kuda ni. Penat pusing akhirnya jumpa juga.

Signboard Rekreasi Berkuda. Siap ada harga dan masa beroperasi.

Kat tempat Rekreasi Berkuda ni, ada banyak kuda dalam kandang. So pengunjung boleh lah melihat dan bergambar dengan kuda-kuda tu. Umar mula-mula takut nak pegang kuda. Lepas dah sekali aku suakan juga tangan dia sentuh kuda tu, dah dia nak pegang kuda tu lagi. Dah puas bergambar dengan kuda, aku pergi kuanter bayaran untuk naik kereta kuda. Umar tak boleh naik kuda lagi sebab umur dia. Pegang pun tak kuat lagi, mau jatuh anak aku nanti. So marilah kita naik kereta kuda yer Umar.

Gambar kami bersama kuda.. Heheheh

Aku naik dengan Umar je sebab En. Suami jaga barang. Takut hilang pulak tricycle Umar tu nanti. Dahla ramai orang. Aku dengan Umar je naik, so takleh nak amik gambar sebab aku kena pegang Umar kuat-kuat. Duduk depan sebelah pemandu kuda okay. Yang belakang aku semua anak dara. Disebabkan dorang anak dara, lepaslah aku naik 2 pusingan. FREE. Rezeki katakan.. Hehehe..

Jom balik. Gigih ayah menolak anak.

Lepas habis naik kereta kuda, kami bergegas balik sebab dah janji dengan En. Suami. Dia nak tengok Piala Thomas. Kejap pun kejaplah.. Asal anak aku dapat berjalan. Itu jer cerita weekend kami. Sekian..








Farewell

Dah lama office aku tak ambil budak buat LI (Latihan Industri). Maybe sebab kerja tak banyak atau budget tak cukup. Heheh.. memandai je aku ni kan. Dulu ramai juga budak LI kat office ni. Macam-macam ragam dan nama yang office-mate aku beri.

Awal tahun ni, adalah sorang budak LI. Boss ambil pun sebab abang dia pernah praktikal kat sini dulu. Orang dia tinggi. Nama Radzuan tapi panggil Alex sebab muka dia ada iras pemain bola Pahang tu. Azamuddin Mohd Akil. Ada lah iras sikit. KOT. Memang sangat rajin. Suruh buat apa pun dia akan cuba buat. Rajin mencuba dan bertanya walau tak tahu. Kalau petang-petang tu lapar, dia runner pergi beli kuih. Buat air pun pandai. Sebab dia, kami dapat makan ais krim Malaysia. Sanggup balik lambat sebab nak buat ais krim. Kelakar pun yer. Melayan je kerenah kakak and abang kat office ni. Haaa.. tetiba rindu kat dia pulak.

Haritu 17/4/2014, kami officemate ni buat Farewell dia kat Texas Chicken Gombak. Malas nak ajak boss. Buat kami-kami je. Sebab dia rapat dengan kami kan. Sampai kat Texas Chicken, dah order dan nak basuh tangan takde air pulak. Boleh pula aku lupa tarikh catuan air. Marilah kita basuh tangan guna ais ye. Haha.. So mari kita tengok gambar. 

Ayam sedap, tapi gravy mashed potato dia terasa aji sangat. So Nora bagi 3 bintang je.

Sila datang lagi. Waahh, penyambut tetamu sangat kau Jue

Sepatutnya Geng Baju Hijau. Tapi selit kotak-kotak lak. Yang tinggi lampai tu lah Alex. Ada tak rupa Azamuddin Akil?

Ni Geng Campur.. Heheh

Semoga Alex berjaya dengan apa bidang yang diceburi. Jangan lupakan kami di SCG ni.









Drama Korea

Malas betul nak update. Cerita banyak, tapi idea takde. Maklumlah I ni kan busy **busy tengok cerita korea**. Heheh.. Aku masa sebelum kahwin memang hantu okay tengok cerita korea. Sampai tak tidur malam sebab nak habiskan satu drama tu. Korang tau jelah kalau cerita korea tu berapa episod. Satu episod pun dah sejam. Kalau 16 episod?? Bila dah kahwin ni slow sikit sebab kalaulah aku gila juga macam sebelum kahwin, anak kemana laki kemana. Dengan tak makan, kerja rumah tak buat. Mau laki aku cari MADU untuk aku. Owhhh tidak!!!

Aku ni kalau heroin tu Lee Da Hea, memang lah suka sangat. Tak kiralah dia digandingkan dengan hero tua sekali pun aku tengok. Aku start tengok dia dalam Drama My Girl. Lagi-lagi hero dalam drama tu pun handsome. Mestilah tak miss aku tengok. Siap download lagi cerita tu. Entah berapa kali aku ulang tengok. Cerita banyak tak guna juga, korang kenal tak siapa Lee Da Hea tu?  Meh tengok gambar yer

Lee Da Hae.. Cantik tak?

Lagi sorang yang aku minat Yoon Eun Hye. Aku suka sangat tengok mata dan gigi dia. Banyak drama dia yang aku minat tengok. Antaranya Coffee Prince, Lie To Me, My Fair Lady dan Princess Hour.

Yoon Eun Hye. Comel bila dia senyum.

Kalau hero pulak, aku ni tak kisah sangat. Siapa-siapa pun okay asal heroin dia cantik. Tapi adalah 2 orang yang aku minat tengok. Gong Yoo dan Lee Dong-Wook. Cuma aku jarang follow drama diorang.
Gong Yoo

Lee Dong Wook

Sekarang ni aku tengah download cerita Miss Ripley. Heroin dia Lee Da Hae. Macam best je cerita tu. Sebelum ni aku tengok dia juga berlakon dalam Hello! Miss. Cerita ni macam kampung sikit. Tapi best. **Senang cerita aku memang minat dia. Hahahah..**

Hello Miss

Eh, korang minat ke cerita korea ni? Aku minat cerita jer, kalau K-Pop tu memang taklah kan. Nak cakap banyak kenapa aku tak suka kang ada pulak yang band aku nanti. Okay lah, aku nak sambung download. Nanti cerita lagi. Bye!





Daniyal dan Weekend

Welcome to Ismail Family, Muhammad Daniyal Bin Mohd Shahid. Semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan keluarga ye sayang. Semalam Cik Jue tak dapat nak cium Daniyal sebab selsema. Nak bau wangian syurga dari Daniyal. Daniyal dilahirkan pada 12 April 2014. Bertambah lagi ahli keluarga kami. Ni belah En. Suami. Semalam kami berkumpul rumah abang Ipar bagi melawat ahli keluarga baru ni.

Hye, saya Muhammad Daniyal

 Memang meriah sangat coz adik-beradik En. Suami kan ada 10 orang. Ni baru separuh yang ada. Kalau 10 orang yang berkumpul, macam-macam cerita lawak boleh dengar. Kadang cerita jiran sebelah pun boleh jadi lawak. Hilang stress bila duduk dengan diorang ni. So mari kita share gambar yang sempat diambil oleh En. Shahid(abang ipar)  kita. Gambar baby aku tak letak. Entah mana aku simpan. Next time aku update okay.

Gambar aku yang blur


Biras aku yang berpantang. Ni kali ketiga Caesar.  Rilex je dia jalan laju-laju.

Kakak sulung Daniyal (Yang berdiri) Comel kan
Nilah En. Shahid. Sempat abang ipar aku ber-selfie lagi

Gambar beliau yg telah diedit guna Perfect 365.. Macam2 abang ipar aku ni

Tengah hari tu aku dan En. Suami pergi kenduri kahwin.  Pengantin lelaki dan perempuan adalah kawan kami masa form 5. Macam aku dan En. Suami lah. Bercinta zaman sekolah lagi. Tapi cinta dorang bersemi lepas habis sekolah.. Hihi.. Pengantin perempuan ni kira BFF aku juga lah. Sebab sebelum kahwin aku suka lepak kat rumah dia sampai 3-4 jam. Dia juga teman aku susah dan senang. Tapi yang aku agak terkilan sebab tak dapat pergi masa dia nikah. Ada hal yang tak dapat dielakkan. Lagi 1 aku tak dapat bergambar dengan dia. Dah pegang anak kecik, nak suap dia makan lah. Waaa.. sedih okay. Tapi takpelah.. takde rezeki. So share je gambar yang classmate lain ambil.


Itu jer cerita aku untuk weekend ni. Sekian..
Pink Cherry