Farewell

Dah lama office aku tak ambil budak buat LI (Latihan Industri). Maybe sebab kerja tak banyak atau budget tak cukup. Heheh.. memandai je aku ni kan. Dulu ramai juga budak LI kat office ni. Macam-macam ragam dan nama yang office-mate aku beri.

Awal tahun ni, adalah sorang budak LI. Boss ambil pun sebab abang dia pernah praktikal kat sini dulu. Orang dia tinggi. Nama Radzuan tapi panggil Alex sebab muka dia ada iras pemain bola Pahang tu. Azamuddin Mohd Akil. Ada lah iras sikit. KOT. Memang sangat rajin. Suruh buat apa pun dia akan cuba buat. Rajin mencuba dan bertanya walau tak tahu. Kalau petang-petang tu lapar, dia runner pergi beli kuih. Buat air pun pandai. Sebab dia, kami dapat makan ais krim Malaysia. Sanggup balik lambat sebab nak buat ais krim. Kelakar pun yer. Melayan je kerenah kakak and abang kat office ni. Haaa.. tetiba rindu kat dia pulak.

Haritu 17/4/2014, kami officemate ni buat Farewell dia kat Texas Chicken Gombak. Malas nak ajak boss. Buat kami-kami je. Sebab dia rapat dengan kami kan. Sampai kat Texas Chicken, dah order dan nak basuh tangan takde air pulak. Boleh pula aku lupa tarikh catuan air. Marilah kita basuh tangan guna ais ye. Haha.. So mari kita tengok gambar. 

Ayam sedap, tapi gravy mashed potato dia terasa aji sangat. So Nora bagi 3 bintang je.

Sila datang lagi. Waahh, penyambut tetamu sangat kau Jue

Sepatutnya Geng Baju Hijau. Tapi selit kotak-kotak lak. Yang tinggi lampai tu lah Alex. Ada tak rupa Azamuddin Akil?

Ni Geng Campur.. Heheh

Semoga Alex berjaya dengan apa bidang yang diceburi. Jangan lupakan kami di SCG ni.









No comments:

Pink Cherry