Yeah.. aku dah buat HIV Test. Untuk pengetahuan semua (bagi siapa-siapa yang belum tahu je yer), HIV test perlu dibuat bagi pasangan yang ingin berkahwin. Ianya HANYA boleh dibuat di klinik/hospital KERAJAAN sahaja. Kalau swasta tidak diterima. Dalam pengetahuan aku, sesiapa yang buat di KL atau kawasan bandar di area Selangor, kita perlu buat appointment dulu. Jangan main redah jer. Mau kena marah dengan nurse tu nanti. Untuk Selangor, boleh click SINI untuk list klinik/hospital kerajaan. Sebelum tu aku ada cerita kat SINI pasal aku ambil borang kan.
Ni aku nak cerita pengalaman aku, 2 minggu sebelum pergi test aku dah pergi buat appointment kat klinik kesihatan Gombak Setia. Sebab tu antara klinik yang tarikhnya cepat. Klinik-klinik area Gombak lain semua nak pertengahan bulan Februari nanti. Aku takut tak sempat jer. So dah tiba hari appointment, aku dengan En.Tunang pergilah.. Macam biasa, klinik atau hospital kerajaan sentiasa dipenuhi orang. Sampai yang tunggu kat luar bagai.
Korang tahu kan, aku ni sangat takut dengan jarum. Asal jarum je aku rasa nak pitam. Dalam sejam setengah juga aku menunggu. So masa menunggu giliran nak jumpa doktor tu, jantung aku rasa macam nak tercabut. Tak dapat aku bayangkan macam mana rasa sakit kena cucuk dengan jarum. Ada gak kawan-kawan dalam FB cakap sakit. Siot je dorang ni. Saje nak takutkan aku.
Bila tiba giliran aku, aku rasa cam tak jejak lantai je. Tapi aku gagahkan juga demi nak kahwin kan. Doktor (sebenarnya bukan doktor. Attendant je kot) yang nak test aku tu sangat peramah. So hilanglah sikit perasaan nervous aku tu.
Doktor : U nak kahwin di mana?
Aku : Di gombak.
Doktor : Owh.. bagus.. bagus (dalam hati aku apa yang bagus agaknya)
Aku : Doktor, sebenarnya saya takut jarum. Sebab selalunya saya akan pitam lepas kena injection.
Doktor : Tak sakit la. Sikit je. (Sambil letak cecair kebas kat jari hantu aku, dia buka laci dan ambil jarum). Tapi u jangan risau, i kasi u jarum yang tak sakit punya.
Aku : Angguk... (Dalam hati, yer ker tak sakit?? Bagi aku jarum semua sakit)
Okey, doktor tak guna jarum yang sepatutnya dia test, dia cucuk guna jarum biasa je. Macam jarum peniti. Dan tak sakit okey. Thanks doktor.
...PerSEDIAAN KaHwin.... HIV Test
...PerSEDIAAN KaHwin.... Kemas&Cat Bilik
Cuti CNY semua orang duk jalan-jalan, balik kampung bagai. Tapi aku, kena kemas dan cat bilik. Sebab aku fikir nak kahwin je. Kalau tak, aku dah pergi meraban tah kemana-mana. Aku just kemas bilik je, bab cat bilik aku upah adik ke-2 aku cat. Tak lalu aku nak cat. Sedangkan cat pintu rumah yang kecik tu pun aku rasa nak muntah. Apatah lagi, dinding dan siling bagai. Mau tercirit aku. Hahaha.. (Sorry la yer, takde gambar nak tunjuk. sebab terlampau sibuk ngemas, gambar aku tak tangkap)
Ikutkan memang aku nak upah indon yang sewa sebelah rumah aku tu cat. Tapi mak aku cakap, dari kasi orang duit, baik kasi adik aku duit. Actually, adik aku yang second ni memang seorang yang sangat creative. Bab kemahiran, semua dia pandai. Elektrik, paip, motor, cat dan sebagainya serah kat dia. Tapi kalo time kita suruh tu dia malas, tak jadi juga kan.
Disebabkan aku mengemas bilik yang banyak habuk tu (nasib incik dan cik lipas takde), masuk malam tadi je dah 4 malam aku semput. Dan pagi ni, aku dah tak tahan sebab tak dapat tidur lena. Aku pi klinik amik oksigen.
Dan juga, sampai sekarang (masa aku tulis blog ni), badan, kaki dan tangan aku menggigil. Sebenarnya, itu memang effect selepas kita amik oksigen. Antara larat dan tak je la menanggungnya.

P/S: Mesti korang bosan kan sebab aku asyik cerita pasal persediaan aku nak kahwin je. Dah itu je yang aku akan buat 2-3 bulan ni. Nak buek camno laie.. layan kan yo..

...PerSEDIAAN KaHwin.... Langsir Bilik& Baju Family
Hari Sabtu hari tu aku dengan my mum pergi Jalan TAR. Niat nak cari langsir untuk bilik pengantin dan Baju/Kain untuk family. My mum dengan tak berapa sihat pun gagahkan diri demi anak tercinta ni. Kesian my mum. Bila rasa loya nak muntah, dia berhenti gi toilet kat Nagoya. Aku lak sensorang cari kain langsir yang sesuai. Aku dah cakap kat my mum, kalau tak larat kita pergi lain kali. Tapi dia nak gak pergi.

Lepas masuk Nagoya, aku pergi cari kain ela yang jual borong belakang Masjid India tu. Puas cari, tawar, tak dapat harga yang aku nak, cari lagi kedai lain. Last sekali aku masuk Kedai Aria Collection. Okey kawan-kawan, aku nak bagitahu ni. Sesiapa yang rajin pergi Masjid India korang cari kedai ni. Nak budget harga untuk baju kurung, jubah, kain ela dan tudung. Aku suggest korang pergi kat sini. Kat sini SANGAT MURAH okey. Baju kurung kain cotton siap jahit manik kalau kedai lain harga dalam RM180.00, tapi kat sini harga dia dalam RM69.00 jer okey. Kain dia aku tengok sama jer macam kedai deret Masjid India dan Jalan TAR.
Okey, berbalik pada cerita aku, aku beli kain ela dalam 15 helai. Murah sangat. Siap dia bagi discount lagi. Dan mak aku dapat jubah manik-manik. Cer teka harga dia berapa??? Hahaha, murah gila.... Korang bahagi 2 harga jubah di pasaran okey... Jangan lupa okey, sesiapa yang nak baju murah-murah boleh pergi Aria Collection.
Lepas tu aku ingat nak pergi cari baju untuk adik lelaki dan ayah aku. Tapi tengok my mum dah tak larat sangat, kami pun balik la..
P/S: Thanks mak, sebab sudi teman Along pergi cari barang.. Love you so much
...PerSEDIAAN KaHwin.... Spa & Facial
2 hari ni aku sebok cari package yang murah dan berbaloi untuk Spa badan dan Facial.
Kata nak kahwin kan.
Nak nampak kulit muka cantikla..
Nak kulit badan lembut..
Nak kena fikir pasal budget la coz takut lari budget..
Kat e-mail banyak package dari groupon.my.
So aku pun try la usya yang mana sesuai.
Sampai call kawan sekolah menengah dulu untuk pastikan benda ni bukan tipu
Thanks Cik Bambam sebab sudi melayan kerenah dan pertanyaan aku.
Lagi satu aku risau juga sebab takut bayaran melalui Card Credit
Al-maklumla aku "tak mampu" pakai Card Credit
Nasib boleh bayar online je. Merasa la nak beli apa-apa melalui online.
Untuk facial aku amik yang ini.

murahkan??? Sangat berbaloi. Siap ada massage lagi.. Aku suka sangat..
Dah call untuk booking. Dekat je dengan area rumah aku. Kepong
Dan untu Spa Badan pula aku amik yang ini
juga ada massage. Dan untuk kaki.
Pun dekat dengan area rumah aku. Setapak.
Tapi untuk package ni aku pergi dengan officemate aku
Takde la bosan nanti
Thanks Kak T sebab sudi teman saya.
Nanti kulit kita sama-sama lembut kan.. XOXO
P/S: Persediaan untuk hari bahagia.. Nak cari lagi sekali sesi untuk facial atau spa lagi. Tunggu next week pula.. Chaiyookkk...
Subscribe to:
Posts (Atom)