Mabuk

Selepas seminggu aku disahkan mengandung oleh doktor, mulalah cabaran dalam hidup aku. Dari mual-mual biasa ke muntah teruk sampai masuk air. Badan aku lembik sangat. Dulu kalau tak makan nasi, aku akan muntah. Terbalik. Sekarang makan nasi mesti aku muntah. Tak boleh nak telan langsung. Kena cari alternatif lain untuk makan bagi kenyang. Kalau aku tak fikirkan yang aku mengandung, memang aku taknak makan. Tapi disebabkan kesiankan anak yang bakal membesar dengan sihat dalam perut ni, aku kuatkan semangat untuk makan. Doktor cakap "biar 10 awak makan dan 9 yang keluar, sekurang-kurangnya 1 masih tinggal untuk kandungan awak." Baiklah encik Doktor.

Selain tu aku tak boleh bau asap rokok, kalau bau mesti aku nak muntah. Tapi baik lah tu untuk kandungan aku kan. Bau perfume yang melampau pun aku tak boleh. Ada la jiran yang menyewa rumah aku ni. Indon. Asal keluar je dari rumah, bau dia sampai ke dapur rumah aku. Wangi gila. Berapa botol perfume agaknya dia sembur. Ke mandi perfume. Adoi.... Kalau aku nampak dia, cepat-cepat aku lari masuk bilik... Hahaha..

Disebabkan benda macamni, aku dah create 1 surat untuk bagi kat boss aku. Surat Cuti Tanpa Gaji. Konon nak cuti dan berehat. Anak pertamakan. Tapi melihat keadaan aku 2-3 hari ni macam okay, so aku decide untuk hold dulu surat tu. Sayang juga duit tu kan. Yelah, lepas ni aku akan memerlukan duit yang banyak. Nak Raya lagi. Pastu bersalin lagi. Lepas bersalin nak guna duit lagi untuk masa depan baby. So dari sekaranglah aku kena saving. Hurrmm..

Demi Amanah yang Allah SWT kurniakan ni. InsyaAllah aku akan cuba kuatkan semangat. Baru seorang. Kata nak 5 orang kan.. Eh.. hehehehe...



P/S : Harap aku kuat dan baby ni sihat. Korang doakan la yer..

Rezeki

Alhamdulillah..

Hanya itu yang mampu aku ucapkan dengan rezeki yang telah Allah SWT berikan padaku. Bukan hanya 1, tapi lebih dari itu.

Baru-baru ini aku dapat kenaikkan gaji. Walaupun tak seberapa, tapi aku amat bersyukur dengan jumlah yang kecil itu. Bagi aku cukuplah sebab kerja aku yang biasa-biasa je dan tidak membebankan aku sebagai pekerja bawahan. Nak kata aku banyak kerja, tak juga tapi ada masa-masanya kerja tu datang sekali gus. Aku memang komited dengan kerja yang telah diberikan orang atasan. Cuma aku harap janganlah mengambil kesempatan dengan apa yang aku lakukan sebab aku susah untuk mengatakan tidak. Disiplin memang hancurlah. Kedatangan yang selalu "MERAH". Aku terus bertahan sebab aku amat sayangkan company ini. Sebab utamanya adalah suasana kami yang macam 'adik-beradik'.

Rezeki seterusnya ini adalah amat aku dan En. Suami tunggu-tunggukan dalam hubungan rumahtangga kami. Aku hamil/mengandung. Hanya Tuhan saja tahu betapa aku gembira dengan rezeki yang tak ternilai harganya ini.

Sejak 2 minggu lepas aku sering berasa loya dan tak selesa di bahagian perut. Perut aku rasa tegang. Tapi aku abaikan sebab itu juga tanda-tanda PMS. Tapi masuk harini aku dah lewat datang bulan 5 hari. Selalunya aku tak pernah lewat. Tiap-tiap bulan mesti awal dari bulan selepasnya. So semalam lepas abis waktu kerja, aku terus ke farmasi beli pregnancy test. Ikut hati masa tu juga aku nak test. Tapi aku sabarkan hati ini. Pagi tu dengan excited nya aku test dan menunggu dalam seminit. Ada 2 garis. Aku senyum dan dalam hati sangat gembira dan bersyukur.

Aku kejutkan En. Suami. Aku bisik kat telinga dia. Dalam keadaan mamai dia mendengar berita gembira tu. Terus mata dia terbuka dan senyum.

Memang aku tak boleh terlalu excited sebab belum confirm lagi. Maybe malam ni atau esok aku cek kat doktor untuk confirm yang aku hamil. Aku harap sangat iainya betul. Dan berharap bayi yang aku kandungkan ini sihat dan menjadi anak yang soleh/solehah. Soal jantina, aku memang tak kisah lelaki atau perempuan. Aku serahkan semua pada ketentuanNya.




P/S : 4 bulan aku menunggu. Terima kasih Ya Allah dengan rezeki yang telah Engkau kurniakan padaku.

Meatballs IKEA


Hari ahad haritu aku pergi ke IKEA sebab nak hantar dulang hantaran yang telah disewa. Penyewa namanya Cik Balqis yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 9 June ni. Dia duduk kat Shah Alam. So kami decide jumpa kat tengah-tengah iaitu di Damansara. So sesiapa yang nak sewa dulang hantaran boleh click SINI okay.

Alang-alang dah sampai ke IKEA tu, aku yang sangat ‘mengidam’ nak makan makanan yang agak famous kat situ. Sebab selalu je kat blog-blog dok sebok pasal meat ball IKEA ni. Jadi merasa la juga aku makan benda alah tu sambil belanja adik dan En. Suami. Memang sedap tapi agak muak bagi aku yang berselera makanan Melayu ni kan. Makan 5 ketul pun aku dah muak. Kesian kan aku. Macamana la nak makan selera Western ni.. Adoi..

Beratur bukan main panjang lagi. Disebabkan aku 'mengidam', aku gagahkan juga beratur. Dekat 1/2 jam gak la aku beratur. Adoi...

-Swedish Meatballs-

-chicken wing-

-Swedish Dessert-

-En. Suami berambut baru yang menampakkan beliau sangat gomok huhhu-

Sakit Misteri (sangatlah)

Malam Isnin tu aku dah start batuk-batuk. Aku gagahkan diri pergi klinik 1 Malaysia (sebab gaji tak masuk lagi). Doktor cakap aku demam dan thornsil aku bengkak. Lepas balik klinik panas badan aku makin menjadi sampai la pukul 1.00am. En. Suami dah mula risau. Dia ambil kain lempab dan letak atas dahi aku. Setiap kali dia terjaga, leher dan dahi aku disentuh untuk merasa kepanasan. Pagi Selasa tu aku terpaksa pergi ke klinik untuk kali ke-2. Kali ni ke klinik swasta sebab Klnik 1 Malaysia tak mengeluarkan MC. Aku memang dah tak larat sebab semalaman tak tidur. Dengan sakit sendi tak ingat punya. Adoiii


Hari Rabu, badan aku still panas lagi. Tapi aku gagahkan diri pergi kerja. Time ni selesema pula menjelma. Complete (demam + batuk + selesema)!. Aku terpaksa EL half-day. Tak larat nak meneruskan kerja. En. Suami ambil aku bawa balik rumah. Seriously ni 1st time aku demam berlarutan macamni. Balik rumah aku rehat. Badan panas balik dan sakit sendi makin terasa. Aku call En. Suami dan dia sangat risau. Balik kerja malam En. Suami bawa aku pergi klinik kesihatan kerajaan. Dan darah aku di ambil sebab takut denggi.

Dan PLATLET darah aku amat rendah. Tapi aku tak kena tahan wad. Doktor suruh aku ambil darah keesokan harinya. Esoknya aku pergi, darah dah turun sikit tapi doktor still risau sebab turun sikit sangat. Suruh aku ambil esok lagi (Jumaat) dan dia bagi aku MC suruh rehat dan makan ubat. Jumaat aku pergi lagi sekali dan harap sangat okay. Tapi hampa turun sikit juga dan darah putih aku tak normal. Kali ni doktor suruh aku test di Hospital Selayang pula sebab klinik tu tutup (Sabtu& Ahad).

Esoknya aku pergi hospital dan doktor cakap platlet darah aku dah okay cuma sel darah putih aku tak normal. Dia suruh aku test lagi Isnin(hari ini) tapi aku tak pergi pun SEBAB, aku rasa diri aku dah sihat. Doktor ada cakap sel darah putih kita adalah antibodi badan. 2 kemungkinan dia tak normal iaitu sebab demam atau ada jangkita kuman/virus. So bagi aku maybe sebab aku demam, sebab tu sel darah putih aku masih tak stabil.

Sepanjang aku sakit, macam-macam spekulasi yang aku dengar. Yang pastinya aku pregnant. Kalau lah aku mengandung, akulah manusia paling gembira dan bersyukur sekali. Tapi disebabkan aku taknak kecewa, aku kenala tunggu lagi 2minggu.




P/S: Harap-harap apa yang mereka doakan(mengandung) tu menjadi kenyataan
Pink Cherry