Bowling


Dulu masa kat UniKL, kami diwajibkan ambil subject bowling untuk tambah kredit. Kira macam kokurikulum la ni masa sekolah dulu. Belajar pasal bola, pin dan sejarah bowling gitu. Kalau subject English bila time exam kena duduk dalam dewan and jawab paper English kan. Tapi exam bowling kau kena main bowling dan dapatkan sekurang-kurangnya 120 mata untuk lulus.Sejak habis study, itulah last aku main bowling. Dalam tahun 2007 kot.

Kat office aku ada Sport Club. Selalu juga lah dorang buat aktiviti macam main badminton, futsal dan bowling. So company ada sediakan budget untuk Sport Club. Antara lelaki dan perempuan. Budak lelaki selalu lah guna duit tu. Kami perempuan ni memang tak guna duit tu. Sebab sebelum kahwin ada gak aku main badminton. Lepas kahwin terus aku stop sebab aku nak focus untuk pregnant. Tak boleh nak lompat-lompat la konon. Lepas pregnant lagilah tak boleh sebab aku operate kan. Tahun lepas kami ada anjur Tournament Bowling antara Contractor dan Client. Itu pun aku tak main. Tak tahu kenapa bila sebut bowling je macam 'Oh no!' Macam fobia dengar BOWLING tu.

Tapi harini, aku excited sangat nak main bowling. Tadi masa lunch aku dan officemate pergi Selayang Mall main bowling. Gila excited. Sebab dah lama tinggal dunia bowling ni kan **macamlah kau terror sangat main bowling. Budget bagus Jue ni** sampai aku lupa macam mana nak pegang bola bowling. Hahaha.. Gila kampung aku rasa masa tu. Tiap kali turn aku, puas aku pusing bola pilih jari mana yang betul masuk lobang bola. Sebabkan masa lunch pendek je, so kami ambil 2 game je sorang.

Aku ni memanglah tak pandai main bowling pun. Cuma keseronokkan tu mengatasi segalanya.. Hahah.. Korang jangan gelak okay tengok markah aku. Gila sentap. Budak sekolah rendah lagi banyak mata dari aku. 100 pun tak sampai. Tapi kira okaylah kot sebab dah 7 tahun aku tak main **ayat cliche untuk sedapkan hati sendiri** Okay korang, sila tengok jer yer. Jangan gelak kan aku.

Muka aku yang sangat hepi dapat main bowling *gila jakun*

Markah 'sayur' untuk 1st dan 2nd game dari aku yang poyo
Gambar aku yang semakin mengembang *sebenarnya gambar ni yang kembang, bukan aku.* Uweekk

Sekian..





Umar berjalan

Umar dah genap 1 tahun 1 bulan. Baru lah dia nak pandai jalan. Alhamdulillah. Jalan nak laju je. Kalau dah jatuh tu terus dia merangkak. Malas dah nak jalan. Tak apa lah sayang, slow-slow. Walau lambat lah juga **sebab mama dan ayah dah boleh jalan sebelum 1 tahun**, yang penting Umar boleh jalan dan explore dunia Umar sebaik mungkin. Waa.. rasa sayang nak hantar Umar kat rumah pengasuh. Mama kalau boleh nak berhenti kerja untuk jaga Umar. Tapi tak boleh. Sebab mama ada target. Mama target dapat beli rumah sendiri baru mama berhenti. 

En. Suami memang dah suruh berhenti. Tapi aku cakap aku nak beli rumah dulu. Sekarang ni menyewa. Mahal lah juga sewanya. Memanglah En. Suami yang bayar sewa. Dia kerja sendiri. Susah sikit kalau nak buat loan rumah nanti. So biarlah aku kerja dulu sampai dapat rumah sendiri. Lepas tu InsyaAllah aku nak buat business sendiri. Buat kerja kat rumah sambil anak kita jaga. Seronok tau dapat tengok anak membesar depan mata. Tu yang rasa sayang nak bagi orang jaga dia.

Ni video Umar berjalan. Abaikan rumah aku yang bersepah tu. Lapangkan rumah aku? Sebab sofa semua aku dah sumbat dalam bilik. So macam takde perabot je. Hihihi.. Rumah i tak chantek okay.. So jangan nak kutuk-kutuk **perasan macam orang nak tengok rumah kau kan Jue** Okay lah.. Itu je nak cerita.





P/S : Sorry lah, video tunggang-terbalik. Aku malas nak edit.


Weekend KAMI

Hari Ahad semalam, ajak En. Suami jalan-jalan. Bosan duduk rumah. Kesian kat Umar. Asyik duduk dalam rumah je. En. Suami tanya nak pergi mana. So aku decide pergi tempat yang ada Food court sebab senang nak makan dan murah sikit. Aku kalau weekend memang malas sikit masak. Konon hari untuk berehat la. Tapi nan hado. Dah kata sebagai isteri dan emak, so ada je kerja nak kena settle. Membasuh, kemas rumah, iron baju, lipat baju, masak bubur Umar dan macam-macam lagi..

Okay, berbalik tempat yang ada Food court tu. Aku cakap pergi JUSCO, Wangsa Maju je la. Lagipun dah lama tak pergi situ. Sebab sejak dah ada KL Festival City ni, kami asyik la ke situ. Sampai je JUSCO kita cuci-cuci mata dulu. Mana tau leh cuci poket lepas tu kan.. Takde benda yang menarik **sedapkan hati padahal poket dah nipis** So marilah kita bawa Umar bergembira sambil mak apak dia ngendeng skali.

Mak apak pun hepi skali.. ngeh..ngeh..ngeh

Umar kalau dah naik benda bergerak-gerak ni susah nak turun. Tapi bila dah angkat dia tak nangis pun. Asal kau kasi dia naik tapi tak bergerak pun takpe. Dapat duduk dan pusing stereng pun jadilah.. Bagus anak mama. Ala, bukan dia pandai minta pun. Aku je saje tukar token dalam RM5.00. Bila nampak dia senyum tu kita dah puas hati dan gembira sangat. Betul tak ibu-ibu??

Bila dah habis main perut pun lapar. Marilah kita makan kat Food Court. Bila sampai kat Food Court aku tanya En. Suami nak makan apa. Kebetulan kat area Food Court tu ada Mc Donalds, Big Apple, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers Roaster dan macam-macam lagi. Korang nampak kan kenapa aku besarkan tulisan Food Court tu siap highlight lagi. Hahah.. korang tau En. Suami jawab makan mana? 

"Kita makan kat The Chicken Rice Shop la mama"

Aku dah highlight kat En. Suami makan kat Food Court. Dia boleh pilih Chicken Rice Shop. Dah lah time tu turn aku belanja makan. T_T makin nipis poket i. Tapi demi U sayang, takpelah. Makan lah kat mana pun. Asal U happy dan kenyang.

Ambil 2 set pakej ni.


Ini budak haaa, bila sampai duduk atas meja. Habis dia bersilat atas meja, berterabur sudu bagai. So awak duduk kat baby chair ni. Mainlah sudu tu puas-puas. Tak padan dengan isap puting, tapi ganas ini budak. Nasib dia nak duduk diam. Tapi tak lama lah. Bila dia rasa bosan. Mula lah dia main buang sudu atau apa yang dapat dia capai kat lantai. Nasib orang sekeliling faham ada budak kecik. Apa-apa pun mama dan ayah sayang sangat dekat Umar. Jadi anak yang baik yer sayang. So next week kemana kita?





Umar oh Umar

Dah sebulan aku tak cukup tidur. Tak pernah-pernah aku kat opis tidur depan meja aku sendiri. Aku kan Receptionist. Meja depan pintu masuk. Gila apa aku leh tidur. Kalau client/customer datang, aku lak boleh bantai tidur. Buatnya boss yang masuk. Tapi disebabkan aku sangat mengantuk, aku tidur juga.. Hahah.. Ni semua gara-gara Umar.

Sejak dah masuk Umar setahun ni, dia ada perangai baru. Dalam pukul 3am sampai la subuh dia akan bangun dan ajak aku atau En. Suami bermain. Pepagi buta ajak main. Adoi la anak bertuah. Mama dan ayah kan kerja. Memang tak lah aku layan dia. Aku tutup semua tempat yang tak selamat, macam dapur dan bilik air. Dan aku sambung tidur tapi tidur ayam lah.. Aku dan Umar tidur kat ruang tamu sebab dalam bilik sangatlah bahang sejak musim panas yang takde hujan ni. So dia akan main sorang-sorang. Kejap ketuk TV, kejap ketuk meja. Lepastu dia hempas badan dia kat aku. Mau tak terkejut. Nasiblah mak kau takde heart-attack. Kalau tak, jam-jam tu gak aku gol. Hahah.. Sampai lah dia akan tidur sendiri sebab kepenatan dan boring takde orang nak layan dia main. Kesian anak mama. Tapi lagi kesian kat mama dan ayah sebab tak cukup tidur.


Ada tak anak korang macamni? Apa yang aku patut buat? Dah naik pening kepala aku ni sebab tak cukup tidur.. Umar oh Umar

Umar tak berjalan lagi. Cuma bertatih 5-6 langkah lepastu dia duduk. Dia nak bertatih ni pun ikut mood. Kalau takde mood, kau suruh la macam mana pun. Dia akan geleng kepala tanda takmau jalan. Dia rela merangkak dari berjalan. Tapi kat rumah pengasuh rajin lak dia berjalan. Maybe sebab ruang tamu rumah pengasuh tu sempit. Senang dia nak berpaut kat sofa. Kalau kat rumah aku, sofa tinggal yang 3 seater tu je. Yang lain aku dah sumbat dalam bilik. Sebab aku kan tidur kat ruang tamu. Semak je. So ruang luas. Dia penat kot nak berjalan. Takde tempat nak berpaut. Takpelah sayang, take your time. Mama akan tunggu sampai Umar pandai berjalan.

Okaylah.. Gambar takde, nanti aku update gambar. Pepagi buta nak amik gambar. tak koser aku.. Hahah..Assalam..


Pink Cherry