Big Day : Malam Berinai (Berjulang)

-kalau kabur sila click untuk tumbesaran-

Maaf lah yer.. Dah masuk 2 bulan aku kahwin, ni baru berkesempatan meng'update' blog pasal Malam berinai.. Okey ingat tak aku pernah bagitahu yang aku mengimpikan perkahwinan mengikut adat negeri Melaka kat SINI? So impian aku tercapai. Semua tu hasil dari pertolongan nenek sedara(wan induk) aku yang merealisasikan impian aku sejak aku kecil lagi.

Okey, aku nak cerita, dulu masa kecil, mak aku meniaga. So setiap kali cuti sekolah aku akan duduk dengan nenek dan atuk di kampung(Melaka) sampai sekolah buka. Tau-taula, bila cuti sekolah je banyak kenduri kahwin kan. Aku tak suka pergi makan kenduri TAPI aku akan pergi untuk melihat acara MENJULANG dan BUNGA API ni. Kalau di kampung aku Ramuan Cina Besar, acara menjulang ni diadakan 2 kali. Iaitu pada malam berinai dan masa sebelum bersanding. Masa ni memang sangat seronok buat kanak-kanak seperti aku. Sapa-sapa yang tak tahu, menjulang ni memerlukan 2 buah kerusi rotan, 4 batang buluh, kain batik dan tali rafia. Buluh-buluh ini akan di ikat di antara kerusi rotan tersebut dengan cermat. Bila dah siap ikat kain batik menjadi alas pada kerusi.

Selain tu, bunga api yang diperbuat dari buluh juga ada bagi melengkapkan acara berjulang ni. Bagi aku, bunga api buluh ni hanya terdapat di Melaka. Tapi kalau aku silap tolong betulkan yer. Aku dah tempah 10batang khas dari Bandar Melaka berharga RM17.00 sebatang

Masa acara menjulang, kerusi julang akan diangkat seramai beberapa orang mengikut saiz dan berat pengantin yer.. Jangan pengantin besar, tapi tukang angkat nye 4 orang je, mau sakit nak angkat nanti. Mengikut adat kat kampung aku, pengantin perempuan akan menjemput pengantin lelaki. Pengantin perempuan duduk di bahagian kiri kerusi dan dijulang berseorangan sampai ditempat pengantin lelaki dan keluarga pengantin lelaki menunggu dengan iringan kompang. Selepas sampai kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan akan bersalam dengan pengantin lelaki dan menjemput beliau duduk. Dan sekali lagi mereka akan dijulang bersama sampai di pelamin. Bila sampai di pelamin, bunga api buluh akan dibakar bagi menamatkan majlis....Okey, abis cerita.

-ini adalah contoh kerusi julang-

So aku sambung tentang majlis Malam berinani aku yer. Pada malam berinai aku memilih baju songket berwarna kuning diraja. Macam puteri raja la pula kan. Majlis bermula selepas solat Isyak. Sebelum tu sedikit majlis doa selamat diadakan di bawah khemah penanggah. Selepas tu kami diarak seperti yang aku bagitahu kat atas. Sampai di khemah, bunga api dibakar. Aku rasa kagum dan bangga (bukan riak ok) jugalah sebab majlis aku adalah yang pertama dibuat macamtu kat kawasan aku duduk....Selepas tu ada sesi bergambar dan juga majlis makan kecil untuk jiran, kawan-kawan dan sedara-mara yang datang pada malam tu. Kat sini aku nak share beberapa keping gambar pada malam berinai itu berlangsung. Enjoy ok..

(Dah lama tak post, tetiba bila post panjang berjela la pula kan. Sila baca bila anda boring.. hahaha)


And last posing ala-ala manja dari aku.. heheheh
















P/S : Lepas ni (tapi entah bila) aku akan update masa majlis persandingan kami pula yer.. Tunggu tau.. L.O.V.E

4 comments:

Cik Bambam said...

suka giler tgk ko berarak sambil dijulang! nak wat jugak utk future-weddg aku.. takot org x larat nak angkat jek nnt..hahahahha

Anonymous said...

sis bleh x nak mintak tlg cket bg contact no org yg buat bunga api buluh ni?sy teringin nak cari,tapi blum jumpa lg...tq byk2

-budakmusyuk- said...

To Anonymous : bunga api buluh ni my uncle yg pergi rumah dia. Tak silap dekat area pengkalan balak, melaka.. Tp sori coz takde contact no dia. Apa kata u search kat internet.. Sori sangat2 k

-budakmusyuk- said...

To Anonymous : cuba u try this no 017-3345531.. tak tau dia pakai no ni lagi ke x

Pink Cherry